Daftar untuk Apple School Manager
Daftarkan organisasi anda untuk Apple School Manager dengan mencipta akaun pengguna awal dengan peranan Pentadbir dan memasukkan beberapa maklumat tentang organisasi anda.
Daftar organisasi anda
Jika anda belum lagi berada di laman web tersebut, pergi ke https://school.apple.com/.
Ketik Daftar sekarang.
Masukkan dan semak maklumat organisasi berikut:
Negara atau rantau anda
Nama sah organisasi anda
Maklumat alamat, bandar dan kod zip
Nombor telefon
URL laman web
Penting: Domain ini digunakan untuk mengisi secara awal Apple ID Terurus. Walau bagaimanapun, jika URL laman web organisasi anda berbeza daripada nama domain berdaftar organisasi anda, anda boleh menukarnya ke nama domain berdaftar organisasi anda sebelum anda mencipta dan menugaskan Apple ID Terurus kepada pengguna Apple School Manager lain. Jangan gunakan nama domain yang anda cipta, kerana ini boleh menyebabkan semua Apple ID Terurus yang dicipta gagal.
Jenis organisasi (K–12 atau pendidikan tinggi)
Zon waktu dan bahasa
Masukkan dan semak maklumat anda:
Nama pertama dan nama akhir individu yang mendaftar bagi pihak organisasi
Nota: Nama ini mestilah nama manusia yang sah. Nama pertama dan nama akhir seperti “Penyelaras IT” atau “Pengerahan Apple” akan dikembalikan kepada anda untuk membetulkan maklumat tersebut.
Alamat e‑mel pejabat yang tidak dikaitkan dengan akaun App Store atau iCloud dan yang tidak digunakan sebagai Apple ID untuk sebarang perkhidmatan atau laman web Apple lain
Peranan/Jawatan
Masukkan dan semak maklumat wakil hubungan pengesahan.
Contohnya termasuk penguasa, pengetua atau bendahari anda. Apple menghubungi wakil hubungan pengesahan anda untuk mengesahkan pendaftaran anda.
Nama
Alamat e‑mel pejabat
Peranan/Jawatan
Ketik Teruskan, semak maklumat dengan teliti, kemudian ketik Serah.
Semak e‑mel anda untuk mesej daripada Apple School Manager dengan baris subjek, “Pendaftaran anda sedang dalam semakan”.
Semasa proses semakan, wakil hubungan pengesahan anda dihubungi melalui telefon dan diminta untuk mengesahkan maklumat tentang anda dan organisasi anda sebelum pendaftaran diluluskan. Pastikan sebarang penapis membenarkan mel daripada semua domain apple.com. Balas dengan segera sebarang panggilan telefon yang tidak dijawab supaya proses pendaftaran dapat diteruskan dengan lancar.
Sahkan pendaftaran dan berikan akses pentadbir
Selepas Apple bercakap dengan wakil hubungan pengesahan anda dan mengesahkan maklumat anda, wakil hubungan itu menerima mesej mel daripada Apple School Manager dengan baris subjek “Terima kasih kerana mengesahkan organisasi anda”. Wakil hubungan itu kemudian boleh melengkapkan tugas berikut.
Buka mesej mel daripada Apple School Manager dengan baris subjek “Terima kasih kerana mengesahkan organisasi anda”.
Semak mesej itu dan lakukan satu perkara berikut:
Ketik butang “Sahkan [nama individu]” untuk menjadikan individu tersebut sebagai pentadbir Apple School Manager.
Ini ialah nama individu yang mula‑mula mendaftar di Apple School Manager.
Jika anda tidak mahu individu ini menjadi pentadbir, ketik pautan “pilih orang lain”, masukkan maklumat individu lain, kemudian klik Serah.
Wakil hubungan pengesahan anda juga harus menandakan kotak yang menunjukkan bahawa anda meluluskan individu ini untuk menerima tanggungjawab bagi menandatangani terma dan syarat Apple School Manager bagi pihak organisasi anda.
Apabila tugas ini selesai, individu yang dipilih menjadi pentadbir menerima mesej mel daripada Apple School Manager dengan baris subjek “Pendaftaran Lengkap”.
Lengkapkan proses pendaftaran.
Selepas wakil hubungan pengesahan meluluskan anda, anda akan menerima mesej mel yang memberitahu bahawa pendaftaran anda diluluskan. Anda kemudian boleh mencipta Apple ID Terurus anda sendiri dan meluluskan semua terma dan syarat.
Buka mesej mel daripada Apple School Manager dengan baris subjek “Pendaftaran Selesai”.
Ketik butang “Mulakan” dalam mesej untuk membuka Safari atau pelayar lalai anda. Untuk melihat senarai pelayar yang disokong, lihat Keperluan program.
Masukkan alamat e‑mel untuk anda gunakan sebagai Apple ID Terurus anda.
Penting: Ini boleh menjadi alamat e‑mel pejabat anda jika anda belum menggunakannya sebagai Apple ID dengan akaun App Store atau iCloud, atau sebarang perkhidmatan atau laman web Apple lain. Alamat e‑mel ini menjadi Apple ID Terurus pentadbir anda.
Masukkan kata laluan yang selamat, kemudian sahkannya.
Sahkan nama anda, kemudian masukkan tarikh lahir anda.
Masukkan nombor telefon bimbit anda dengan SMS didayakan, kemudian pilih bagaimana anda ingin mendapatkan pengesahan sekunder.
Ketik Serah.
Nota: Anda perlu mengesahkan kedua‑dua alamat e‑mel dan nombor telefon anda.
Ketik pautan dalam mesej mel yang anda terima untuk mengesahkan alamat e‑mel anda.
Masukkan kod pengesahan SMS yang anda terima di telefon anda, kemudian ketik Sahkan.
Terima terma dan syarat. Anda mesti menerima semua terma dan syarat untuk meneruskan.
Anda harus segera mencipta sekurang‑kurangnya satu pengguna tambahan yang mempunyai peranan Pentadbir. Lihat Tambah pentadbir.