Panduan Pengguna Apple School Manager
- Selamat Datang
-
-
- Pengenalan kepada pengesahan penyepaduan
- Pengenalan kepada Google Workspace
- Gunakan pengesahan penyepaduan dengan Google Workspace
- Pengenalan kepada Microsoft Azure AD
- Gunakan pengesahan penyepaduan dengan MS Azure AD
- Selesaikan konflik Apple ID
- Dapatkan pemberitahuan tentang konflik nama pengguna
- Tukar maklumat domain pengguna
- Pindahkan perkhidmatan Apple apabila menyepadukan
-
- Integrasikan SIS anda
-
- Sejarah semakan dokumen
- Copyright
Jemput pembeli VPP ke Apple School Manager
Jika anda mempunyai pembeli Program Pembelian Pukal (VPP) yang tidak disertakan semasa anda menaik taraf ke Apple School Manager, anda boleh menjemput mereka ke organisasi anda.
Jemput Pembeli Program Pembelian Pukal (VPP)
Dalam Apple School Manager , daftar masuk dengan pengguna yang mempunyai peranan Pentadbir, Pengurus Laman atau Pengurus Kandungan.
Ketik nama anda di bahagian bawah bar sisi, ketik Keutamaan , kemudian ketik Maklumat Pendaftaran .
Ketik Jemput Fasilitator Program VPP di bahagian bawah halaman.
Masukkan Apple ID akaun Fasilitator Program VPP yang anda mahu jemput ke Apple School Manager, kemudian ketik Jemput.
Pengguna menerima e‑mel dengan pautan untuk menyertai organisasi anda. Selepas mereka mendaftar masuk ke Apple School Manager, mereka diminta untuk menaik taraf akaun mereka. Selepas mereka menaik taraf, mereka boleh mula menggunakan Apple School Manager dan anda akan melihat akaun tersebut sebagai Pengurus Kandungan di lokasi utama anda.