Bayar dengan Apple Watch pada Mac
Pada tapak web yang menyokong Apple Pay, anda boleh mulakan pembelian dalam Safari pada Mac anda dan melengkapkan bayaran dengan Apple Watch anda.
Untuk mengesahkan bayaran pada Apple Watch, anda perlu, mendaftar masuk ke iCloud dengan Apple ID yang sama pada iPhone anda dan Mac anda. Apple Watch dan Mac anda perlulah berada berdekatan dan disambungkan ke Wi-Fi.
Beli-belah pada Mac anda dan bayar pada Apple Watch
Apabila anda membeli-belah dalam talian di Safari, pilih pilihan Apple Pay semasa semak keluar.
Semak maklumat pembayaran, penghantaran dan pengebilan pada Mac anda dan pastikan ia memaparkan “Sahkan dengan Apple Watch.”
Jika ya, dwiklik butang sisi untuk membayar dengan Apple Watch anda.
Jika tidak, daripada Mac anda, pilih kad yang anda gunakan pada Apple Watch anda.
Nyahaktifkan bayaran Apple Pay pada Mac
Secara lalai, anda boleh menggunakan Apple Watch anda untuk mengesahkan bayaran Apple Pay yang dibuat pada Mac anda. Jika anda tidak mahu mengesahkan bayaran dengan Apple Watch anda, ikuti langkah ini:
Buka app Apple Watch pada iPhone anda.
Ketik Jam Saya, ketik Wallet & Apple Pay, kemudian nyahaktifkan Benarkan Bayaran pada Mac.