Balas mesej pada Apple Watch
Balas mesej
Putar Digital Crown untuk skrol ke bawah mesej, kemudian pilih bagaimana untuk membalas.
Untuk membalas dengan cepat dengan Tapback, dwiketik mesej tertentu dalam perbualan, kemudian pilih Tapback—seperti ibu jari atas atau hati.

Balas secara terus kepada satu mesej dalam perbualan.
Dalam perbualan kumpulan, anda boleh membalas ke mesej tertentu sebaris untuk membantu memastikan perbualan teratur.
Dalam perbualan Mesej, dwiketik mesej tertentu untuk membalas kepadanya, kemudian ketik Balas.
Cipta respons anda, kemudian ketik Hantar.
Hanya orang yang anda balas dapat melihat mesej tersebut.
Kongsi mesej
Rakan kerap menyertakan maklumat dan sentimen dalam mesej mereka yang anda mahu kongsikan dengan orang lain. Untuk berkongsi mesej, ikuti langkah ini:
Dalam perbualan Mesej,dwiketik mesej tertentu, kemudian ketik Kongsi.
Pilih orang yang anda kerap bertukar mesej, atau ketik Mesej atau Mail.
Jika anda telah memilih Mesej atau Mail, tambah kenalan dan jika anda menghantar e-mel, subjek.
Ketik Hantar.