Gunakan kelengkapan gim dengan Apple Watch
Apple Watch anda boleh berpasangan dan menyelaraskan data dengan kelengkapan kardio yang serasi seperti treadmill, latihan elips, basikal dalaman dan banyak lagi, memberikan anda maklumat yang lebih tepat tentang latihan anda.

Semak jika kelengkapan serasi—anda akan melihat “Bersambung pada Apple Watch” atau “Bersambung pada Apple Watch” pada kelengkapan.
Pastikan jam anda disetkan untuk mengesan kelengkapan gim—buka app Seting
pada Apple Watch anda, ketik Latihan, kemudian aktifkan Kesan Peralatan Gim.
Pegang Apple Watch anda beberapa sentimeter daripada pembaca tanpa sentuhan pada kelengkapan gim, dengan paparan menghadap pembaca.
Ketikan lembut dan bunyi bip mengesahkan bahawa Apple Watch anda dipasangkan.
Tekan Mula pada kelengkapan gim untuk bermula. Tekan Henti pada kelengkapan untuk menamatkan latihan.
Jika Kesan Kelengkapan Gim dinyahaktifkan pada Apple watch anda, buka app Latihan , kemudian pegang Apple Watch anda berdekatan pembaca tanpa sentuhan pada kelengkapan gim, dengan paparan menghadap pembaca.