Apple TV App 1.4 Windows
![](https://help.apple.com/assets/65BAA3FCC69F006F9F06F993/65BAA3FEC69F006F9F06F999/ms_MY/0d1fdd38d3aed20932fbc868af8ccc2e.png)
Cari dalam app Apple TV pada Windows
Cari dalam app Apple TV membolehkan anda mencari rancangan TV dan filem mengikut tajuk, pelakon, atau kru.
![Skrin menunjukkan carian](https://help.apple.com/assets/65BAA3FCC69F006F9F06F993/65BAA3FEC69F006F9F06F999/ms_MY/afd7edd15a6bbf7b9e432a6484eb744f.png)
Cari item dalam app Apple TV
Dalam app Apple TV
pada peranti Windows anda, pilih medan carian di penjuru kiri atas.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Layari item yang kelihatan dalam kategori aliran.
Masukkan istilah carian dalam medan carian, kemudian tekan Enter.
Pilih item untuk melihat penilaian, perihalan dan maklumat pembelian atau sewaan.