Daftar masuk dengan Apple ID anda ke app Apple TV pada Windows
Untuk membeli dan menyewa filem serta rancangan TV atau untuk melanggan ke saluran Apple TV pada peranti Windows anda dengan app Apple TV, anda memerlukan Apple ID. Jika anda pernah membeli item daripada tapak web Apple atau jika anda mempunyai akaun iCloud, anda telah mempunyai Apple ID. Jika anda belum mempunyai Apple ID, anda boleh menyediakan satu menggunakan app Apple TV.
Sediakan Apple ID baharu dalam app Apple TV
Dalam app Apple TV pada peranti Windows anda, pilih Daftar Masuk di bahagian bawah dalam bar sisi.
Pilih Daftar Masuk lagi (di bawah Lihat Akaun Saya), kemudian pilih Cipta Apple ID Baharu dan ikut arahan atas skrin.
Lihat artikel Sokongan Apple Uruskan dan gunakan Apple ID anda.
Jika anda mempunyai akaun PayPal, anda boleh menggunakannya sebagai kaedah pembayaran anda apabila anda memasukkan maklumat kad kredit anda. (PayPal tidak diterima untuk pembayaran di sesetengah negara atau rantau. Untuk butiran, lihat Tapak web PayPal).
Daftar masuk ke app Apple TV
Selepas anda menyediakan Apple ID, anda boleh mendaftar masuk untuk membeli atau menyewa item, melihat atau menukar maklumat akaun anda dan melihat sejarah pembelian anda.
Dalam app Apple TV pada peranti Windows anda, pilih Daftar Masuk di bahagian bawah dalam bar sisi.
Pilih Daftar Masuk lagi (di bawah Lihat Akaun Saya), masukkan Apple ID dan kata laluan anda dalam medan teks, kemudian pilih Daftar Masuk.
Jika anda terlupa Apple ID atau kata laluan anda, pilih “Terlupa Apple ID atau Kata Laluan?” dan ikuti arahan atas skrin.
Benarkan peranti Windows anda untuk memainkan pembelian daripada Kedai
Untuk memainkan pembelian atau sewaan daripada Kedai, anda perlu membenarkan peranti Windows anda.
Dalam app Apple TV pada peranti Windows anda, pilih nama anda di bahagian bawah bar sisi, kemudian pilih Benarkan Mesin.
Taipkan Apple ID dan kata laluan anda, kemudian pilih Benarkan.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang membenarkan komputer, lihat artikel Sokongan Apple Benarkan atau nyahbenarkan komputer anda untuk pembelian iTunes Store.
Nyahbenarkan komputer anda
Anda boleh menyahbenarkan peranti Windows anda jika anda tidak lagi mahu peranti anda boleh memainkan pembelian atau sewaan daripada Kedai.
Dalam app Apple TV pada peranti Windows anda, pilih nama anda di bahagian bawah bar sisi, kemudian pilih Nyahbenarkan Mesin.
Taipkan Apple ID dan kata laluan anda, kemudian pilih Nyahbenarkan.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang menyahbenarkan komputer, lihat artikel Sokongan Apple Benarkan atau nyahbenarkan komputer anda untuk pembelian iTunes Store.
Daftar keluar daripada app Apple TV
Apabila anda selesai menggunakan app Apple TV, anda boleh mendaftar keluar untuk mengelakkan orang lain yang mempunyai akses ke peranti anda membuat pembelian menggunakan akaun anda.
Dalam app Apple TV pada peranti Windows anda, pilih nama anda di bahagian bawah bar sisi, kemudian pilih Daftar Keluar.
Lihat artikel Sokongan Apple Daftar masuk dengan Apple ID anda.