Pintasan papan kekunci dalam app Apple TV pada Windows
Dalam app Apple TV pada peranti Windows, anda boleh menyelesaikan banyak tugas dengan cepat menggunakan pintasan papan kekunci.
Nota: Pintasan papan kekunci dalam app mungkin berbeza bergantung pada bahasa dan tataletak papan kekunci yang anda gunakan pada peranti Windows anda.
Main Balik
Tindakan | Pintasan |
---|---|
Main atau jeda episod yang dipilih | bar Space |
Tingkatkan kelantangan | Control-Anak Panah Atas |
Kurangkan kelantangan | Control-Anak Panah Bawah |
Cipta dan uruskan senarai main
Tindakan | Pintasan |
---|---|
Cipta Senarai Main baharu | Control-N |
Salin Senarai Main (apabila senarai main dipilih) | Control-C |
Import fail video | Control-O |
Padam senarai main yang dipilih | Delete |
Umum
Tindakan | Pintasan |
---|---|
Lihat aktiviti muat turun | Shift-Control-L |
Kekunci akses
Kekunci akses ialah pintasan papan kekunci kebolehcapaian yang membantu orang yang mempunyai kelainan upaya menggunakan Windows. Untuk menggunakan kekunci akses, tekan dan tahan kekunci Alt pada papan kekunci anda, kemudian taipkan salah satu gabungan kekunci ditunjukkan di bawah.
Tindakan | Pintasan |
---|---|
Masukkan medan Carian | NF |
Bertukar ke skrin pustaka Terbaharu Ditambah | NN |
Buka pustaka anda ke Filem | NM |
Buka pustaka anda ke Rancangan TV | NT |
Buka pustaka anda ke HDR 4K | N4 |
Buka menu Pengguna | NU |