![](https://help.apple.com/assets/65BAA3FCC69F006F9F06F993/65BAA3FEC69F006F9F06F999/ms_MY/0d1fdd38d3aed20932fbc868af8ccc2e.png)
Tukar seting Pengehadan dalam app Apple TV pada Windows
Dalam app Apple TV pada peranti Windows anda, gunakan seting Pengehadan untuk mengesetkan pengehadan kandungan dan privasi untuk main balik, perkongsian, pembelian Apple TV dan Kedai.
Untuk menukar seting ini, pilih butang Tindakan Bar Sisi di bahagian atas bar sisi, pilih Seting, kemudian pilih Pengehadan dalam tetingkap utama.
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Penilaian Untuk | Pilih negara atau rantau yang anda mahu setkan pengehadan. | ||||||||||
Penilaian Filem | Pilih jumlah pengehadan tontonan filem dalam rantau dipilih. Anda boleh memilih Benarkan Semua Filem, Jangan Benarkan Filem atau salah satu penilaian tersedia untuk mengehadkan tontonan filem yang mempunyai penilaian tersebut dan ke bawah. Pilihan penilaian khusus tersedia berbeza mengikut negara atau rantau. | ||||||||||
Penilaian Rancangan TV | Pilih jumlah pengehadan tontonan rancangan TV dalam rantau dipilih. Anda boleh memilih Benarkan Semua Rancangan TV, Jangan Benarkan Rancangan TV atau salah satu penilaian tersedia untuk mengehadkan tontonan rancangan TV yang mempunyai penilaian tersebut dan ke bawah. Pilihan penilaian khusus tersedia berbeza mengikut negara atau rantau. | ||||||||||
Butang Kunci | Selepas anda mengeset pengehadan penilaian, pilih butang Kunci untuk membuat perubahan kepada peranti Windows anda. Dialog meminta anda untuk mengesahkan yang anda mahu app Apple TV untuk membuat perubahan pada peranti anda. |