Apple TV App 1.4 Windows
Tukar seting dalam app Apple TV pada Windows
Gunakan seting app Apple TV untuk menukar pilihan bagi pustaka media, main balik anda dan banyak lagi.
Dalam app Apple TV pada peranti Windows anda, pilih butang Tindakan Bar Sisi di bahagian atas bar sisi, kemudian pilih Seting.
Dalam tetingkap utama, pilih kategori seting:
Umum: Setkan sama ada filem dan rancangan anda dimuat turun, tersedia merentas peranti dan banyak lagi.
Main Balik: Pilih pilihan untuk kualiti penstriman, kualiti muat turun, audio berbilang saluran dan banyak lagi.
Pengehadan: Aktifkan atau nyahaktifkan pengehadan kandungan dan privasi.
Fail: Setkan dan susun folder Media anda.
Lanjutan: Reset pilihan untuk melupakan kawalan jauh, kosongkan cache, kosongkan sejarah main dan banyak lagi.