Langgan Apple TV+, MLS Season Pass atau saluran Apple TV dalam app Apple TV pada Windows
Anda boleh melanggan saluran yang tersedia dalam app Apple TV, termasuk Apple TV+ dan MLS Season Pass.
Apple TV+ ialah perkhidmatan penstriman langganan yang menampilkan Apple Originals—siri yang memenangi anugerah, drama yang mendebarkan, dokumentari yang menarik, hiburan kanak-kanak, komedi dan banyak lagi—dengan item baharu ditambah setiap bulan.
Langgan MLS Season Pass untuk menonton setiap perlawanan musim biasa Major League Soccer langsung, keseluruhan main habis dan Leagues Cup, semuanya tanpa cegah siar.
Langgan saluran Apple TV seperti Paramount+, Starz dan banyak lagi untuk mendapatkan rancangan yang anda mahukan.
Nota: Apple TV+, MLS Season Pass, saluran Apple TV dan Apple One tidak tersedia di semua negara atau rantau. Lihat artikel Sokongan Apple Ketersediaan Perkhidmatan Media Apple.
Langgan Apple TV+
Buka app Apple TV pada peranti Windows anda.
Pilih Apple TV+ dalam bar sisi.
Pilih butang langganan, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Jika anda telah mempunyai Apple ID, anda boleh mendaftar masuk untuk memulakan percubaan percuma anda.
Langgan MLS Season Pass
Buka app Apple TV pada peranti Windows anda.
Pilih MLS Season Pass dalam bar sisi.
Pilih butang langganan, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Langgan saluran Apple TV
Buka app Apple TV pada peranti Windows anda.
Pilih Kedai dalam bar sisi.
Skrol ke bawah ke Tambah Saluran untuk melihat saluran Apple TV, kemudian navigasi ke kanan dan pilih item.
Pilih butang langganan, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Apabila anda melanggan saluran Apple TV, tajuk Saluran kelihatan dalam bar sisi di atas sebarang saluran yang anda langgan. Mengklik saluran dalam bar sisi membawa anda terus ke halaman utama saluran.
Batalkan langganan
Dalam app Apple TV pada peranti Windows anda, pilih nama anda di bahagian bawah bar sisi, kemudian pilih Lihat Akaun Saya.
Anda mungkin diminta untuk mendaftar masuk dengan Apple ID anda.
Dalam tetingkap Maklumat Akaun, skrol ke bawah ke bahagian Seting.
Pilih Urus bersebelahan Langganan, pilih Edit bersebelahan langganan, kemudian ikuti arahan atas skrin untuk menukar atau membatalkannya.
Apabila anda selesai, skrol ke bawah dan pilih Selesai, kemudian skrol ke bawah dalam tetingkap Maklumat Akaun dan klik Selesai.