Sediakan app Kecergasan pada Apple TV dengan Apple Watch atau iPhone anda
Apple Watch atau iPhone dengan iOS 16.1 atau lebih baharu diselaraskan dengan app Kecergasan pada sebarang Apple TV dengan tvOS 16.1 atau lebih baharu, oleh itu anda boleh berlatih menggunakan langganan Apple Fitness+ anda dengan Apple TV anda di rumah, dengan Apple TV di bilik latihan pejabat, atau dengan Apple TV di bilik hotel semasa anda melancong.
Sambungkan Apple Watch atau iPhone anda ke Apple TV
Sebelum anda memulakan latihan dalam app Kecergasan pada Apple TV, anda mesti menyambungkan Apple Watch atau iPhone anda.
Buka Kecergasan pada Apple TV.
Pilih nama anda, atau pilih Lain jika anda tidak melihat nama anda.
Jika tiada sesiapa mendaftar masuk pada Apple TV, anda mungkin perlu membuka app Kecergasan pada Apple Watch atau buka app Kecergasan pada iPhone terlebih dahulu (memerlukan watchOS 7.2 atau iOS 16.1 atau lebih baharu).
Pada Jam atau iPhone anda, ketik Sambungkan.
Jika digesa, ketik Teruskan, kemudian masukkan kod yang kelihatan pada Apple TV dalam Apple Watch atau iPhone anda.
Nota: Untuk memulakan latihan pada Apple TV, Apple Watch atau iPhone anda mesti dibuka kunci dan mengaktifkan Bluetooth.
Pilih orang yang berlatih
Jika anda menggunakan Perkongsian Keluarga, anda boleh bertukar antara ahli keluarga dengan mudah dalam app Kecergasan pada Apple TV. Rakan atau keluarga di luar kumpulan Perkongsian Keluarga anda yang merupakan pelanggan Apple Fitness+ juga boleh berlatih menggunakan Apple TV anda.
Buka Kecergasan pada Apple TV.
Pilih nama anda, atau pilih Lain jika anda tidak melihat nama anda.
Jika tiada sesiapa mendaftar masuk pada Apple TV, anda mungkin perlu membuka app Kecergasan pada Apple Watch atau buka app Kecergasan pada iPhone terlebih dahulu (memerlukan watchOS 7.2 atau iOS 16.1 atau lebih baharu).
Untuk bertukar kepada ahli keluarga atau tetamu lain, contohnya apabila anda selesai berlatih, pilih ikon akaun di penjuru kiri atas app Kecergasan, pilih Daftar Keluar, kemudian pilih pengguna lain.
Untuk mendapatkan arahan yang lebih terperinci tentang menggunakan Kecergasan dengan iPhone, iPad dan Apple TV, lihat Panduan Pengguna Apple Watch.