Gunakan perencanaan Siri pada Apple TV
Anda boleh menggunakan butang Siri pada Siri Remote untuk mencari dalam app atau memasukkan teks, ID pengguna dan kata laluan dengan suara anda berbanding menaip.
Gunakan perencanaan untuk mencari dalam app disokong
Pada Skrin Utama dan dalam app disokong seperti Muzik dan app Apple TV, anda boleh merencana carian dengan cepat tanpa perlu menavigasi skrin carian app.
Tekan dan lepaskan butang Siri pada Siri Remote. Apabila medan carian kelihatan, tekan dan tahan butang Siri, rencanakan istilah carian, kemudian lepaskan butang Siri.
Sebutkan teks berbanding menaipnya
Dengan medan pemasukan teks diserlahkan atas skrin, tekan dan tahan butang Siri pada Siri Remote, sebutkan apa-apa yang anda mahu masukkan dalam medan teks, kemudian lepaskan butang Siri.
Sebutkan nama pengguna dan kata laluan
Jika medan teks memberitahu untuk mengeja aksara berbanding menyebut perkataan, tekan dan tahan butang Siri pada Siri Remote, sebutkan huruf, nombor dan simbol yang anda mahu masukkan, kemudian lepaskan butang Siri.
Sebutkan “huruf besar” untuk memasukkan huruf besar.
Siri mengecam banyak nama domain seperti icloud.com, oleh itu domain tidak perlu dieja.
Anda boleh menggunakan sebutan fonetik atau tentera, seperti alpha, bravo, charlie, delta untuk A, B, C, D, dan seterusnya.
Anda boleh menyebut “Kosongkan” untuk memadamkan aksara yang anda baru masukkan.
Kosongkan digunakan hanya pada aksara yang disebut semasa entri perencanaan semasa. Contohnya, jika anda menyebut “A, B, C”, kemudian menekan butang Siri lagi dan menyebut “1, 2, 3, kosongkan”, nombor dipadamkan tetapi huruf kekal.
Nota: Perencanaan menghantar maklumat seperti input suara dan lokasi kepada Apple untuk memproses permintaan. Input suara daripada perencanaan ejaan nama pengguna dan kata laluan tidak dihantar.
Aktifkan atau nyahaktifkan perencanaan
Buka Seting pada Apple TV.
Pergi ke Umum > Perencanaan, kemudian aktifkan atau nyahaktifkan perencanaan.