Tambah pintasan kebolehcapaian ke Apple TV
Anda boleh menambah pintasan kebolehcapaian ke butang Balik (Siri Remote generasi ke-2 atau lebih baharu) atau butang
(Siri Remote generasi pertama). Apabila anda menekan butang Balik
atau butang
tiga kali, pintasan dilaksanakan.
Tambah pintasan kebolehcapaian
Dalam Seting
pada Apple TV, pergi ke Kebolehcapaian > Pintasan Kebolehcapaian dan pilih pilihan.
Gunakan pintasan kebolehcapaian anda
Pada Siri Remote, tekan butang Balik
(butang
pada Siri Remote generasi pertama) tiga kali.
Buka pintasan kebolehcapaian daripada Pusat Kawalan
Tekan dan tahan butang TV
pada Siri Remote untuk membuka Pusat Kawalan, kemudian pilih tab Seting Umum
.
Pilih butang Kebolehcapaian
, kemudian lakukan salah satu yang berikut:
Jika anda mendayakan pintasan kebolehcapaian: Pilih pintasan untuk mengaktifkan atau menyahaktifkannya.
Jika anda mahu mengakses seting atau menambahkan pintasan kebolehcapaian: Pilih Seting, kemudian ubah suai seting.
Apabila anda selesai membuat perubahan, tekan butang Balik
(Siri Remote generasi ke-2 atau lebih baharu) atau butang
(Siri Remote generasi pertama).