Tukar format bahasa atau rantau pada Apple TV
Kali pertama anda menyediakan Apple TV, anda memilih format bahasa dan rantau paparan untuk digunakan. Anda boleh menukar perkara ini kemudian dalam Seting.
Tambah bahasa
Anda boleh menambah berbilang bahasa supaya anda boleh menukar bahasa utama atau bertukar antara bahasa berbeza apabila papan kekunci kelihatan atas skrin.
Buka Seting pada Apple TV.
Pergi ke Umum > Bahasa Apple TV, kemudian pilih Tambah Bahasa.
Pilih bahasa daripada senarai, kemudian sahkan sama ada ia akan menjadi bahasa utama atau bahasa tambahan.
Bahasa yang anda tambah kelihatan dalam tertib bahasa pilihan dalam senarai. Ini bermakna app akan menggunakan bahasa pertama yang disenaraikan dan papan kekunci akan kelihatan dalam tertib bahasa pilihan anda.
Nota: Siri dan perencanaan mungkin atau tidak tersedia, bergantung pada bahasa yang anda pilih. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat artikel Sokongan Apple Gunakan Siri pada Apple TV anda.
Apabila anda menggunakan papan kekunci atas skrin, pilih butang Bahasa untuk bertukar ke bahasa seterusnya dalam senarai bahasa anda.
Untuk menukar tertib atau memadamkan bahasa, lihat tugas di bawah.
Edit bahasa papan kekunci
Jika anda telah menambah berbilang bahasa ke Apple TV, anda boleh menukar keutamaannya atau memadamkannya.
Buka Seting pada Apple TV.
Pergi ke Umum > Bahasa Apple TV, kemudian pilih Edit dan lakukan salah satu yang berikut:
Tukar tertib bahasa pilihan: Pilih butang Alih bersebelahan bahasa dalam senarai, leret ke atas atau bawah pada Siri Remote untuk menukar kedudukan, kemudian tekan butang tengah pad klik (Siri Remote generasi ke-2 atau lebih baharu) atau permukaan sentuh (Siri Remote generasi pertama) untuk mengesahkan kedudukan baharu.
Keluarkan bahasa: Pilih butang Sampah bersebelahan bahasa yang anda mahu keluarkan.
Pilih Selesai untuk menggunakan perubahan anda.
Tukar tataletak papan kekunci
Anda boleh menukar tataletak papan kekunci yang kelihatan atas skrin.
Buka Seting pada Apple TV.
Pergi ke Umum > Tataletak Papan Kekunci dan pilih salah satu yang berikut:
Auto: Memaparkan papan kekunci Linear untuk kawalan jauh didayakan sentuhan dan memaparkan kekunci Grid untuk kawalan jauh lain.
Linear: Memaparkan kekunci dalam baris.
Grid: Memaparkan kekunci dalam grid.
Tukar format rantau
Buka Seting pada Apple TV.
Pergi ke Umum > Rantau dan pilih rantau.