Langgan Apple Fitness+ pada Apple TV
Anda boleh melanggan Apple Fitness+ pada Apple TV.
Anda boleh memilih untuk mempakejkan langganan Apple Fitness+ anda dengan perkhidmatan Apple lain dengan melanggan Apple One Premier. Lihat artikel Sokongan Apple Pakejkan langganan Apple dengan Apple One.
Nota: Apple Fitness+ dan Apple One Premier tidak tersedia di semua negara atau rantau. Lihat artikel Sokongan Apple Ketersediaan Perkhidmatan Media Apple.
Langgan Apple Fitness+
Buka app Apple Fitness pada Apple TV, kemudian pilih Mulakan.
Ikuti arahan atas skrin untuk memilih tawaran percubaan atau daftar masuk dengan Apple ID dan kata laluan anda serta sahkan maklumat pengebilan anda.
Pilih Langgan.
Batalkan langganan anda
Buka Seting pada Apple TV.
Pergi ke Pengguna dan Akaun > Langganan [nama akaun] dan pilih langganan.
Ikuti arahan atas skrin untuk menukar atau membatalkan langganan anda.
Kongsi Apple Fitness+
Apabila anda melanggan Apple Fitness+ atau Apple One Premier, anda boleh menggunakan Perkongsian Keluarga untuk berkongsi langganan anda dengan sehingga lima orang ahli keluarga lain. Ahli kumpulan keluarga anda tidak perlu melakukan apa-apa—Apple Fitness+ tersedia untuk mereka pada kali pertama mereka membuka app Kecergasan selepas langganan anda bermula.
Jika anda menyertai kumpulan keluarga yang melanggan Apple Fitness+ atau Apple One Premier dan anda telah melanggan, langganan anda tidak diperbaharui pada tarikh pengebilan anda yang seterusnya; sebaliknya, anda menggunakan langganan kumpulan. Jika anda menyertai kumpulan keluarga yang tidak melanggan, kumpulan itu menggunakan langganan anda.
Lihat Perkongsian Keluarga pada Apple TV.
Nota: Untuk berhenti berkongsi langganan Fitness+ anda dengan kumpulan keluarga, anda boleh membatalkan langganan, meninggalkan kumpulan keluarga, atau (jika anda pengelola kumpulan keluarga) berhenti menggunakan Perkongsian Keluarga.