Setkan penjarakkan aksara dan baris
Anda boleh melaraskan ruang di antara aksara dan baris teks.
Setkan penjarakkan aksara
Anda boleh setkan penjarakkan aksara untuk teks dipilih. Seting yang anda pilih juga mempengaruhi teks seterusnya yang anda taip.
Pilih teks yang anda ingin laraskan.
Pilih Format > Fon > Kern, kemudian pilih pilihan.
Gunakan Lalai: Laraskan jarak di antara aksara (jika perlu) untuk menjadikannya lebih mudah dibaca secara automatik.
Jangan Guna: Nyahaktifkan pengkernan (mengetatkan atau melonggarkan teks).
Ketatkan: Alihkan aksara lebih rapat bersama.
Longgarkan: Alihkan aksara lebih jauh.
Anda boleh memilih Ketatkan atau Longgarkan berulang kali untuk mendapat penjarakkan yang anda inginkan.
Setkan penjarakkan baris
Pilih teks yang anda ingin laraskan.
Pilih butang Baris dan Penjarakkan Perenggan dalam bar alat, kemudian pilih nilai penjarakan baris atau pilih Tunjukkan Lagi dan laraskan mana-mana pilihan berikut.
Berbilang ketinggian baris: Tambahkan atau kurangkan ketinggian baris dengan beberapa gandaan ketinggian baris semasa.
Ketinggian baris: Menetapkan jarak dari atas satu baris ke baris yang lain.
Ruang jarak baris: Menetapkan jarak di antara baris.
Ruang perenggan: Menetapkan jarak di antara perenggan.