Setkan jarak aksara dan baris dalam TextEdit pada Mac
Anda boleh melaraskan ruang di antara aksara dan baris teks.
Setkan jarak aksara
Anda boleh setkan jarak aksara untuk teks dipilih. Seting yang anda pilih juga mempengaruhi teks seterusnya yang anda taip.
Dalam app TextEdit pada Mac anda, pilih teks yang anda mahu laraskan.
Pilih Format > Fon > Kern, kemudian pilih pilihan.
Gunakan Lalai: Laraskan jarak di antara aksara (jika perlu) untuk menjadikannya lebih mudah dibaca secara automatik.
Jangan Guna: Nyahaktifkan pengkernan (mengetatkan atau melonggarkan teks).
Ketatkan: Alihkan aksara lebih rapat bersama.
Longgarkan: Alihkan aksara lebih jauh.
Anda boleh memilih Ketatkan atau Longgarkan berulang kali untuk mendapat jarak yang anda inginkan.
Setkan jarak baris
Dalam app TextEdit pada Mac anda, pilih teks yang anda mahu laraskan.
Klik butang Jarak Baris dan Perenggan dalam bar alat, kemudian pilih nilai penjarakan baris atau pilih Tunjukkan Lagi dan laraskan mana-mana pilihan berikut.
Berbilang ketinggian baris: Tambahkan atau kurangkan ketinggian baris dengan beberapa gandaan ketinggian baris semasa.
Ketinggian baris: Menetapkan jarak dari atas satu baris ke baris yang lain.
Ruang jarak baris: Menetapkan jarak di antara baris.
Ruang perenggan: Menetapkan jarak di antara perenggan.