Bantuan TextEdit

Selamat Datang ke TextEdit

Cipta dan edit dokumen teks biasa, teks beraneka dan HTML.

Fail RTF dibuka dalam tetingkap TextEdit, dengan teks tajuk hijau dalam saiz fon yang lebih besar dan teks isi hijau dan hitam dalam saiz yang lebih kecil.
Menu timbul Format Fail.

Tukar dokumen teks beraneka ke format lain

Dengan TextEdit, anda boleh buka dan edit dokumen teks beraneka yang dicipta di dalam app pemprosesan perkataan yang lain, termasuk Microsoft dan Open Office. And juga boleh menyimpan dokumen anda dalam format berbeza, supaya ia serasi dengan app lain. Untuk menyimpan fail dalam format yang baru, pilih Fail > Simpan, kemudian klik menu timbul Format Fail dan pilih format.

Fail HTML dalam mod pengeditan kod.

Cipta dan edit dokumen HTML

Anda tidak memerlukan app khas untuk menulis atau mengedit kod HTML—hanya gunakan TextEdit. Untuk sentiasa membuka fail HTML dalam mod pengeditan kod, pilih TextEdit > Keutamaan, klik Buka dan Simpan dan pilih “Paparkan fail HTML sebagai kod HTML dan bukannya teks diformatkan.”

Imej dengan hati dilukis di atas menggunakan alat Penanda.

Imej penanda

Anda boleh menulis atau melukis pada imej dalam fail teks menggunakan alat dalam Bar Alat Penanda—sebagai contoh, untuk membekalkan maklum balas pada rakan sekerja. Klik , kemudian klik Penanda untuk melihat alat.

Mahu ketahui lebih lanjut? Lihat Simpan dokumen, Bekerja dengan dokumen HTML dan Anotasi imej.

Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.