Buka dokumen
TextEdit boleh membuka dokumen dalam format Microsoft Word, Open Document, Arkib Web, HTML, teks beraneka dan teks biasa. Anda boleh juga mengubah pemformatan fail HTML dan RTF apabila membukanya.
Buka dokumen
Dalam TextEdit, Pilih Fail > Buka, pilih dokumen, kemudian klik Buka.
Jika dokumen anda disimpan dalam iCloud Drive, anda boleh memilih TextEdit dalam bahagian iCloud dari bar sisi Finder, kemudian dwiklik dokumen anda. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang bekerja dengan fail dalam iCloud, lihat Simpan desktop dan dokumen anda dalam iCloud Drive.
Untuk melihat pemformatan lalai fail HTML atau RTF, pilih TextEdit > Keutamaan, kemudian klik Buka dan Simpan. Untuk mendapatkan maklumat tentang melihat pemformatan RTF, lihat Lihat arahan RTF dalam fail RTF.
Ubah format dokumen
Anda boleh mengubah format dokumen anda. Teks biasa (.txt) tidak membenarkan pemformatan. Teks beraneka (.rtf) membolehkan pemformatan, jadual dan imej. Apabila anda mengubah dokumen teks beraneka kepada teks biasa, dokumen akan kehilangan semua gaya teks dan pilihan pemformatan.
Pilih Format > Buatkan Teks Biasa atau Format > Jadikan Teks Beraneka.
Jika terdapat format yang anda lebih suka untuk dokumen baru, anda boleh setkan format lalai. Pilih TextEdit > Keutamaan, klik Dokumen Baru, kemudian pilih “Teks beraneka” atau “Teks biasa” di bawah Format.