Gunakan gaya
Anda boleh menggunakan gaya untuk format teks dalam dokumen teks beraneka. Gaya boleh merangkumi jenis, warna dan saiz fon dan penjarakkan perenggan dan baris.
Gunakan gaya: Pilih teks, klik butang Gaya Perenggan di hujung kiri bar alat, kemudian pilih gaya. Jika Mac anda mempunyai Touch Bar, anda boleh ketiknya untuk menggunakan tebal, italik, atau garis bawah.
Gaya pratonton: Klik butang Gaya Perenggan dalam bar alat, kemudian pilih Tunjukkan Gaya.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang anak tetingkap Gaya, lihat Formatkan teks dalam dokumen dengan fon dan gaya.
Lihat semua keadaan gaya dalam dokumen: Klik butang Gaya Perenggan dalam bar alat, kemudian pilih Tunjukkan Gaya. Pilih Gaya Dokumen atau Gaya Kegemaran, cari gaya yang anda mahu cari menggunakan kawalan dan klik Pilih. Kemudian klik “Pilih di dalam seluruh dokumen” atau “Pilih di dalam pilihan yang sedia ada” dan klik Pilih.
Gunakan semula gaya yang telah digunakan dalam dokumen: Pilih teks, pilih Format > Fon > Salin Gaya, pilih teks untuk memformat semula, kemudian pilih Format > Fon > Tampal Gaya.
Jadikan teks yang ditampal sepadan dengan teks di kelilingnya: Pilih tempat untuk menampal teks, kemudian pilih Edit > Tampal dan Padankan Gaya.