![](https://help.apple.com/assets/64309159CE38F54BC1744EA0/64309159CE38F54BC1744EA7/ms_MY/ca47d119ed39dcd1744be35337a58127.png)
Masalah menggunakan Schoolwork di luar talian
Jika anda menghadapi masalah menggunakan app Schoolwork tanpa sambungan internet, cuba cadangan ini.
Anda memerlukan sambungan internet untuk menambah, mengedit, mengeluarkan dan mengarkibkan atau memadamkan kelas.
Anda memerlukan sambungan Internet untuk menghantar tugasan atau pentaksiran. Jika sambungan Internet anda terganggu, anda boleh menyimpan tugasan (tanpa lampiran fail) dan pentaksiran sebagai draf untuk dihantar pada masa akan datang.
Perubahan yang anda buat pada peranti (sebagai contoh, mengedit nama kelas) tidak ditunjukkan pada peranti lain sehingga anda membuat sambungan internet anda semula.
Anda memerlukan sambungan internet untuk menyegerak maklumat guru, pelajar dan kelas dalam Apple School Manager. Jika sambungan internet anda terganggu, Schoolwork tidak boleh menyegerakkan maklumat ini. Sebaik sahaja sambungan dibuat semula, maklumat dalam Apple School Manager secara automatik disegerakkan dengan Schoolwork.
Jika pelajar bekerja di luar talian (tidak bersambung kepada Internet), Schoolwork terus mengumpul data kemajuan, menanda aktiviti sebagai selesai dan menandakan pentaksiran yang diserahkan pada peranti pelajar. Walau bagaimanapun, anda tidak boleh melihat maklumat ini sehingga pelajar menyambung semula ke Internet.
Pelajar memerlukan sambungan Internet untuk menyerahkan permintaan penyerahan atau menandakan aktiviti sebagai selesai, atau menyerahkan pentaksiran tetapi mereka boleh menyiapkan kerja bagi fail yang dimuat turun kepada peranti mereka sebelum ini. Jika sambungan Internet anda terganggu, pelajar boleh membuat kerja tetapi tidak boleh menyerahkan kerja. Setelah hubungan diwujudkan semula, pelajar dapat menyerahkan kerja mereka.
Jika Schoolwork tidak dapat membuka fail, memuat naik fail atau menandakan aktiviti sebagai selesai, atau menyerahkan pentaksiran pastikan peranti anda disambungkan kepada Internet dan iCloud Drive dihidupkan, kemudian cuba lagi. Jika masalah berlanjutan, hubungi pentadbir IT anda atau Sokongan Apple.