![](https://help.apple.com/assets/64309159CE38F54BC1744EA0/64309159CE38F54BC1744EA7/ms_MY/ca47d119ed39dcd1744be35337a58127.png)
Edit bahagian soalan dan jawapan dalam Schoolwork
Selepas memberikan skor dan memformatkan pentaksiran, anda boleh mengubah suai bahagian soalan dan jawapan pada bila-bila masa. Anda boleh mengubah suai bahagian soalan dan jawapan untuk memastikan bahagian disediakan dengan betul, mengubah tahap butiran yang dipaparkan dalam paparan Analitis dan membaiki sebarang isu lain yang berlaku semasa persediaan awal.
Dalam app Schoolwork
, ketik Aktiviti Terkini, Pentaksiran atau kelas dalam bar sisi.
Ketik pentaksiran dengan hasil yang ingin anda lihat, kemudian ketik Analisis di bahagian atas paparan butiran pentaksiran.
Untuk mengedit bahagian soalan dan jawapan, ketik
, kemudian ketik Edit bahagian Soalan.
Edit bahagian, kemudian ketik Selesai.
Untuk membuat bahagian soalan dan jawapan lebih besar atau lebih kecil, ketik bahagian, kemudian seret penjuru.
Untuk menambah bahagian baru, ketik di mana-mana sahaja dalam pentaksiran atau ketik
dalam bahagian sedia ada, dan ketik Pendua.
Untuk mengalihkan bahagian soalan, pilih bahagian, sentuh dan tahan bahagian, kemudian seret ke lokasi baharu dalam pentaksiran.
Untuk memadamkan bahagian, ketik
, kemudian ketik Keluarkan Bingkai.