Jadualkan tugasan dalam Schoolwork
Cipta tugasan lebih awal, kemudian jadualkan tarikh dan masa tepat yang anda mahu Schoolwork menghantar tugasan anda kepada pelajar anda.
Jika anda tidak menentukan tarikh penghantaran, Schoolwork segera menerbitkan tugasan anda kepada pelajar anda.
Jika terdapat rakan guru di dalam kelas anda semasa anda menjadualkan tugasan, tugasan anda boleh dilihat dan diedit oleh guru lain.
Jadualkan tugasan
Dalam app Schoolwork , ketik di bahagian kanan atas tetingkap atau edit tugasan yang sedia ada.
Tambah atau edit butiran tugasan: Tambah, keluarkan dan kemas kini tajuk tugasan, pelajar, tarikh dijangka, aktiviti, teks arahan dan media.
Untuk menyusun semula fail dalam arahan tugasan, sentuh dan tahan fail, kemudian seretkannya ke lokasi baharu dalam arahan. Untuk mengeluarkan fail, ketik .
Untuk menetapkan tarikh penghantaran tugasan anda, ketik Hantar, pilih tarikh dan masa yang anda mahu Schoolwork menerbitkan tugasan anda, kemudian ketik Selesai.
Untuk menjadualkan tugasan anda, ketik Jadualkan.
Schoolwork menyimpan tugasan dalam tab Dijadualkan untuk dihantar pada tarikh dan masa yang ditentukan.
Nota: Untuk membatalkan tugasan yang dijadualkan sebelum ini, keluarkan tarikh penghantaran tugasan, kemudian simpan tugasan sebagai draf atau segera terbitkan tugasan kepada pelajar anda.