Eksport tugasan dalam Schoolwork
Selepas anda mencipta tugasan, anda boleh mengeksport tugasan untuk dikongsi dengan guru lain yang menggunakan Schoolwork atau app lain.
Eksport tugasan
Dalam app Schoolwork , ketik Aktiviti Terkini, Draf, Kegemaran, Import, kelas atau arkib kelas dalam Diarkibkan dalam bar sisi.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Sentuh dan tahan tugasan yang ingin eksport, kemudian ketik Eksport.
Ketik tugasan yang anda ingin eksport, ketik , kemudian ketik Eksport.
Tentukan cara anda ingin berkongsi tugasan.
Schoolwork menyimpan tugasan dalam fail Common Cartridge (CC 1.3), kemudian menghantar fail ke lokasi yang anda tentukan. Anda boleh berkongsi fail dengan guru lain yang menggunakan Schoolwork dan mereka boleh mengimport fail sebagai tugasan baharu. Anda juga boleh berkongsi fail dengan guru menggunakan alat pembelajaran lain yang menyokong pengimportan fail Common Cartridge.