Perihal pentaksiran Schoolwork
Pentaksiran memberikan cara untuk anda mengukur pemahaman pelajar tentang konsep, topik atau pelajaran. Menggunakan Schoolwork, anda boleh mengubah dokumen pentaksiran anda yang sedia ada menjadi pentaksiran Schoolwork interaktif. Selepas pelajar membuka pentaksiran, gunakan Schoolwork untuk memberi skor dan menganalisis hasil tersebut untuk menilai pemahaman pelajar, menentukan arahan masa hadapan dan menilai pelajar yang mungkin memerlukan bantuan tambahan.
Dengan mod pentaksiran, bergantung pada tahap fokus yang diperlukan oleh pelajar anda, anda boleh menentukan pentaksiran sebagai buku terbuka atau buku tertutup.
Pentaksiran buku terbuka mewujudkan persekitaran ujian yang lebih terbuka; membolehkan pelajar menggunakan sumber dan app lain di Schoolwork semasa merek melengkapkan pentaksiran mereka. Dengan pentaksiran buku terbuka, ciri lanjutan yang lebih banyak bagi mod pentaksiran tidak diperlukan.
Pentaksiran buku tertutup mewujudkan persekitaran ujian yang lebih selamat; menghalang pelajar daripada menggunakan sumber lain atau meninggalkan pentaksiran sehingga mereka menyerahkan kerja mereka. Pentaksiran buku tertutup mengunci iPad pelajar dalam Schoolwork. iPad dibuka kunci apabila pelajar menyerahkan kerja mereka atau selepas lapan jam.
Anda boleh menghantar pentaksiran kepada seluruh kelas atau satu atau lebih pelajar dalam kelas, menjadualkan pentaksiran untuk dihantar pada masa akan datang atau menyimpan pentaksiran sebagai draf sehingga anda bersedia untuk menerbitkan pada masa yang akan datang.
Jika anda mempunyai berbilang guru dalam kelas anda, pentaksiran yang anda hantar atau jadualkan boleh dilihat dan boleh diedit oleh semua guru. Pentaksiran draf hanya boleh dilihat oleh anda.
Nota: Anda memerlukan sambungan Internet untuk menghantar pentaksiran. Jika sambungan Internet anda terganggu, anda boleh menyimpan penilaian anda sebagai draf untuk dihantar pada masa akan datang.