
Eksport kerja pelajar di Schoolwork
Selepas anda mencipta dan menyemak pentaksiran, anda boleh mengeksport kerja pelajar untuk dikongsi dengan pelajar, ibu bapa dan guru lain.
Eksport pentaksiran sebagai PDF
Dalam app Schoolwork
, ketik Aktiviti Terkini, Pentaksiran atau kelas dalam bar sisi.
Ketik pentaksiran yang ingin anda eksport, kemudian lakukan salah satu yang berikut:
Untuk mengeksport satu pentaksiran, sentuh dan tahan nama pelajar yang menyerahkan pentaksirannya, kemudian ketik Eksport sebagai PDF.
Untuk mengeksport berbilang pentaksiran, ketik Pilih di sudut atas sebelah kanan, pilih satu atau beberapa pelajar yang menyerahkan pentaksiran mereka, ketik Lagi di bahagian bawah tetingkap, kemudian ketik Eksport sebagai PDF.
Nota: Jika anda sedang menyemak pentaksiran, anda juga boleh mengetik anak panah pendedahan di sebelah nama pelajar di bahagian atas halaman, kemudian ketik Eksport sebagai PDF.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Untuk mengeksport semakan sahaja atau skor sahaja, ketik Semakan Sahaja atau Skor Sahaja, kemudian buat pilihan perkongsian anda (Mail, Mesej, AirDrop, Simpan kepada Fail).
Schoolwork menyimpan semakan atau skor sebagai fail PDF, kemudian menghantar fail ke lokasi yang anda tentukan.
Untuk mengeksport pentaksiran penuh dengan semakan atau skor, ketik Pentaksiran dengan Semakan atau Pentaksiran dengan Skor, kemudian buat pilihan perkongsian anda (Mail, Mesej, AirDrop, Simpan kepada Fail).
Schoolwork menyimpan pentaksiran asal, tindakan Penanda dan semakan atau skor sebagai fail PDF, kemudian menghantar fail ke lokasi yang anda tentukan.
Apabila mengeksport pentaksiran untuk lebih daripada seorang pelajar, Schoolwork menyimpan fail PDF individu tersebut dalam satu fail [tajuk tugasan].zip.
Eksport hasil sebagai CSV atau PDF
Dalam app Schoolwork
, ketik Aktiviti Terkini, Pentaksiran atau kelas dalam bar sisi.
Ketik pentaksiran dengan hasil yang ingin anda eksport.
Untuk menapis hasil sebelum anda mengeksport data, ketik
, kemudian pilih cara anda ingin menapis hasil pentaksiran.
Ketik
di bahagian atas paparan butiran pentaksiran, kemudian lakukan salah satu yang berikut:
Untuk mengeksport hasil sebagai fail CSV, ketik Eksport sebagai CSV.
Untuk mengeksport hasil sebagai fail PDF, ketik Eksport sebagai PDF.
Buat pilihan perkongsian anda (Mail, Mesej, AirDrop, Simpan kepada Fail).
Schoolwork menyimpan hasil pentaksiran dalam jenis fail yang anda pilih, kemudian menghantar fail ke lokasi yang anda tentukan.