
Eksport analisis pentaksiran di Schoolwork
Selepas anda mencipta dan menyemak pentaksiran, anda boleh mengeksport analisis pentaksiran untuk dikongsi dengan guru, pelajar, ibu bapa dan orang lain.
Nota: Untuk mengeksport data analisis, anda mestilah menggunakan jenis semakan Sistem Mata dan menyediakan pentaksiran anda dengan mengenal pasti bahagian soalan dan jawapan.
Eksport analisis
Dalam app Schoolwork
, ketik Aktiviti Terkini, Pentaksiran atau kelas dalam bar sisi.
Ketik pentaksiran dengan data analisis yang ingin anda eksport, kemudian ketik Analisis di bahagian atas paparan butiran pentaksiran.
Untuk menapis hasil sebelum anda mengeksport data, ketik
, kemudian pilih cara anda ingin menapis analisi pentaksiran.
Ketik
di bahagian atas paparan Analisis, kemudian lakukan salah satu yang berikut:
Untuk menyimpan data analisis kepada fail CSV, ketik Eksport sebagai CSV.
Untuk menyimpan data analisis kepada fail PDF, ketik Eksport sebagai PDF.
Buat pilihan perkongsian anda (Mail, Mesej, AirDrop, Simpan kepada Fail).
Schoolwork menyimpan analisis pentaksiran dalam jenis fail yang anda pilih, kemudian menghantar fail ke lokasi yang anda tentukan.