Gunakan baris gilir Main Seterusnya dalam Podcast pada Mac
Semasa mendengar podcast, anda boleh menggunakan baris gilir Main Seterusnya untuk melihat dan menukar episod (atau bab dalam episod) yang dimainkan seterusnya.
Pergi ke app Podcast pada Mac anda.
Klik sebarang pilihan dalam bar sisi.
Tahan penuding di atas rancangan yang anda ikuti atau sebarang episod, klik , kemudian pilih Main Seterusnya atau Main Terakhir.
Rancangan atau episod ditambah ke bahagian atas baris gilir Main Seterusnya (jika anda memilih Main Seterusnya) atau di bahagian bawah baris gilir (jika anda memilih Main Terakhir).
Klik di bahagian penjuru kanan atas tetingkap Podcast, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:
Mainkan episod dalam baris gilir: Klik episod.
Nota: Sesetengah rancangan menyertakan bab dalam episod, yang membenarkan anda untuk pergi ke bahagian tertentu episod yang dimainkan dengan cepat.
Tukar tertib episod yang anda tambah secara manual ke baris gilir: Seret ke atas atau bawah.
Keluarkan episod daripada baris gilir Main Seterusnya: Jika anda mempunyai trackpad atau Magic Mouse, leret ke kiri dengan dua jari pada episod yang anda tambahkan ke baris gilir secara manual, kemudian klik Keluarkan.
Baris gilir Main Seterusnya muncul atas skrin sehingga anda klik lagi untuk menutupnya.
Siri: Sebutkan sesuatu seperti:
“Mainkan episod seterusnya”
“Mainkan episod terbaharu podcast ‘Journey to Launch’”