
Ikuti atau nyahikuti rancangan dalam Podcast pada Mac
Anda boleh mengikuti rancangan yang anda suka dan mendapatkan episod baharu secara automatik sebaik sahaja ia tersedia. Jika anda tidak lagi berminat dengan rancangan, anda boleh nyahikut rancangan.
Nota: Bukan semua kandungan dan ciri tersedia di semua negara atau rantau. Lihat artikel Sokongan Apple Ketersediaan Perkhidmatan Media Apple.
Ikuti rancangan
Pergi ke app Podcast
pada Mac anda.
Cari atau layari untuk podcast, atau klik kategori dalam bar sisi.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Daripada hasil carian: Klik
.
Semasa melihat halaman rancangan: Klik Ikuti. Jika rancangan menawarkan langganan, anda juga boleh melanggan daripada halaman tersebut. Lihat Langgan rancangan atau saluran.
Anda boleh memilih untuk memuat turun episod baharu atau belum dimainkan untuk rancangan yang anda ikuti secara automatik. Lihat Tukar seting.
Petua: Anda juga boleh mengikuti rancangan apabila anda mengetahui URL untuk suapan RSS rancangan. Pilih Fail > Ikuti Rancangan mengikut URL, masukkan URL suapan RSS, kemudian klik Ikuti. Anda biasanya boleh mencari URL pada halaman web podcast tersebut.
Nyahikuti rancangan
Pergi ke app Podcast
pada Mac anda.
Klik Rancangan dalam bar sisi.
Pilih rancangan, kemudian klik
, kemudian pilih Nyahikut Rancangan.
Nota: Jika anda nyahikuti rancangan yang anda langgan, langganan berbayar anda masih aktif. Lihat Batalkan atau tukar langganan anda.
Jika dialog kelihatan, pilih sama ada untuk mengeluarkan atau menyimpan episod dimuat turun.