
Pilih podcast yang dimainkan seterusnya dalam Podcast pada Mac
Anda boleh memilih rancangan atau episod untuk dimainkan seterusnya dengan mencipta baris gilir Main Seterusnya, yang serupa dengan senarai main dalam Apple Music. Untuk melihat episod cadangan daripada rancangan yang anda simpan, ikuti atau mainkan baru-baru ini, gunakan Seterusnya.
Apakah perbezaan antara Main Seterusnya dan Seterusnya?
Main Seterusnya ialah baris gilir yang anda cipta dengan menambahkan satu atau lebih episod yang anda pilih. Seterusnya ialah senarai pengesyoran yang dijana secara automatik berdasarkan interaksi anda dengan rancangan dan episod sebelum ini.
Cipta baris gilir Main Seterusnya
Pergi ke app Podcast
pada Mac anda.
Klik sebarang pilihan dalam bar sisi.
Pilih sebarang episod, atau rancangan yang anda ikuti.
Klik
, kemudian pilih Main Seterusnya atau Tambah ke Baris Gilir.
Jika anda memilih Main Seterusnya, episod yang anda pilih (atau episod terkini rancangan yang anda pilih) kelihatan di bahagian atas baris gilir Main Seterusnya. Jika anda memilih Tambah ke Baris Gilir, episod kelihatan di bahagian bawah baris gilir.
Klik
dalam kawalan main balik, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:
Mainkan episod dalam baris gilir: Klik episod.
Nota: Sesetengah rancangan menyertakan bab dalam episod, yang membenarkan anda untuk pergi ke bahagian tertentu episod yang dimainkan dengan cepat.
Tukar tertib episod yang anda tambah secara manual ke baris gilir: Seret
ke atas atau bawah.
Keluarkan episod daripada baris gilir Main Seterusnya: Pada trackpad atau Magic Mouse, leret ke kiri dengan dua jari pada episod yang anda tambahkan ke baris gilir secara manual, kemudian klik Keluarkan.
Baris gilir Main Seterusnya muncul atas skrin sehingga anda klik lagi untuk menutupnya.
Gunakan Seterusnya
Pergi ke app Podcast
pada Mac anda.
Klik Utama dalam bar sisi.
Dalam Seterusnya, lakukan mana-mana yang berikut:
Mainkan episod: Klik
dalam jubin episod.
Lihat lebih banyak episod: Klik
atau
.
Lihat maklumat episod: Klik
, kemudian klik Pergi ke Episod.
Lihat maklumat rancangan: Klik
, kemudian klik Pergi ke Rancangan.
Tambah episod ke baris gilir Main Seterusnya: Klik
dalam jubin rancangan, kemudian pilih Main Seterusnya (untuk menjadikan episod pertama dalam baris gilir) atau Tambah ke Baris Gilir (untuk menambahkan episod ke hujung baris gilir).
Keluarkan episod daripada Seterusnya: Klik
dalam jubin rancangan, kemudian pilih Keluarkan daripada Seterusnya. Untuk mengeluarkan episod dan menandakannya sebagai dimainkan, pilih Tanda sebagai Dimain.
Siri:
Minta Siri sesuatu seperti, “Mainkan episod terkini The Rest is History”. Ketahui cara menggunakan Siri.