
Nilai atau tulis ulasan rancangan dalam Podcast pada Mac
Anda boleh menilai dan mengulas rancangan, membaca ulasan daripada pendengar lain dan memadamkan ulasan yang anda tulis jika anda menukar fikiran kemudian.

Nilaikan atau tulis ulasan untuk rancangan
Pergi ke app Podcast
pada Mac anda.
Klik Rancangan dalam bar sisi atau cari rancangan.
Pilih rancangan, skrol ke bawah ke Penilaian & Ulasan, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:
Nilaikan rancangan: Klik bintang untuk memilih penilaian. Anda juga boleh menahan penuding di atas bintang, kemudian klik atau seret untuk menambah atau mengeluarkan bintang. (Jika anda tidak melihat pilihan untuk menilai rancangan, pastikan anda mendaftar masuk ke Akaun Apple anda dalam Podcast.)
Lihat semua ulasan: Klik
di sebelah Penilaian & Ulasan.
Baca ulasan: Klik kotak kelabu yang mengandungi ulasan, atau klik “lagi”. Untuk skrol menerusi ulasan, tahan penuding di atas ulasan, kemudian klik
atau
di sebelah kiri atau kanan skrin.
Tinggalkan ulasan: Klik Tulis Ulasan, tulis ulasan anda, kemudian klik Hantar. (Jika anda tidak melihat pilihan untuk menulis ulasan, pastikan anda mendaftar masuk ke Akaun Apple anda dalam Podcast.)
Edit ulasan: Klik Tulis Ulasan, buat sebarang perubahan, kemudian klik Hantar.
Nota: Anda tidak boleh menilai atau menulis ulasan untuk episod individu.
Padamkan penilaian atau ulasan yang anda siarkan
Untuk memadamkan penilaian atau ulasan, lihat Nilai atau ulas podcast pada iPhone dalam Panduan Pengguna iPhone atau Nilai atau ulas podcast pada iPad dalam Panduan Pengguna iPad.