Baca atau tulis ulasan dalam Podcast pada Mac
Anda boleh mendengar ulasan pendengar lain dan meninggalkan ulasan anda sendiri untuk sebarang rancangan.
Dalam app Podcast pada Mac anda, klik Rancangan di bawah Pustaka dalam bar sisi.
Pilih rancangan untuk melihat halaman maklumatnya, kemudian skrol ke bawah ke bahagian Penilaian & Ulasan.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Baca ulasan: Klik butang Ke Depan atau butang Ke Belakang untuk membaca ulasan tunggal, atau klik Lihat Semua untuk melihat penilaian rancangan keseluruhan dan lebih banyak ulasan pendengar.
Tulis ulasan anda sendiri: Klik Tulis Ulasan, tulis ulasan anda, kemudian klik Simpan.
Selepas anda menyimpannya, anda boleh mengedit ulasan—klik Tulis Ulasan, buat sebarang perubahan, kemudian klik Simpan.
Petua: Anda juga boleh menetapkan penilaian kepada rancangan—daripada satu hingga lima bintang—untuk menandakan sejauh mana anda menyukainya. Hanya tahan penuding anda di atas bintang, kemudian klik atau seret untuk menambah atau mengeluarkan bintang.