Tukar keutamaan dalam Podcast pada Mac
Dalam app Podcast pada Mac anda, gunakan keutamaan Podcast untuk menukar pelbagai pilihan.
Umum
Gunakan anak tetingkap Umum dalam keutamaan Podcast untuk menukar pilihan bagi menyelaraskan, memuat turun episod dan pemadaman automatik.
Untuk menukar keutamaan ini, pilih Podcast > Keutamaan, kemudian klik Umum.
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Selaraskan Pustaka | Selaraskan sebarang perubahan yang anda lakukan ke podcast yang anda ikuti, stesen dan kedudukan main semasa anda ke setiap Mac, iPhone, iPad, atau iPod touch yang anda daftar masuk dengan Apple ID yang sama. Lihat Dengar podcast pada semua peranti anda. Jika anda mempunyai iPod classic, iPod nano, atau iPod shuffle, anda perlu menyelaraskan peranti anda dengan Mac anda untuk menambah podcast dan kandungan lain padanya. Lihat Selaraskan podcast antara Mac anda dan iPhone atau iPad. | ||||||||||
Muat Turun Apabila Menyimpan | Muat turun episod apabila menyimpannya. | ||||||||||
Keluarkan Episod Dimainkan | Padamkan episod secara automatik 24 jam selepas anda memainkannya. | ||||||||||
Muat Turun Secara Automatik | Pilih sama ada untuk memuat turun episod secara automatik untuk didengar luar talian dan tempoh masa untuk menyimpannya. |
Main Balik
Gunakan anak tetingkap Main Balik dalam keutamaan Podcast untuk menentukan main balik, butang langkau dan pilihan kawalan fon kepala.
Untuk menukar keutamaan ini, pilih Podcast > Keutamaan, kemudian klik Main Balik.
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Main Balik Berterusan | Pilih perkara yang berlaku apabila episod tamat.
| ||||||||||
Butang Langkau | Pilih jumlah masa butang Langkau ke Depan dan Langkau ke Belakang pergi dalam podcast, daripada 10 saat hingga 60 saat. | ||||||||||
Kawalan Fon Kepala | Pilih cara fon kepala mengawal podcast.
|
Lanjutan
Gunakan anak tetingkap Lanjutan dalam keutamaan Podcast untuk menentukan pilihan bagi menyembunyikan episod yang telah dimainkan dan menunjukkan Cadangan Siri.
Untuk menukar keutamaan ini, pilih Podcast > Keutamaan, kemudian klik Lanjutan.
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Sembunyikan Episod Dimainkan | Tunjukkan hanya episod yang anda belum mainkan. | ||||||||||
Tunjukkan Cadangan Siri | Benarkan Siri mempelajari dan membuat cadangan berdasarkan penggunaan Podcast oleh anda. |