Tukar keutamaan dalam Podcast pada Mac
Dalam app Podcast pada Mac anda, gunakan keutamaan Podcast untuk menukar pelbagai pilihan.
Umum
Gunakan anak tetingkap Umum dalam keutamaan Podcast untuk menukar pilihan bagi memuat turun rancangan.
Untuk menukar keutamaan ini, pilih Podcast > Keutamaan, kemudian klik Muat Turun Automatik.
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Muat Turun Automatik | Pilih untuk muat turun episod baharu secara automatik. Nyahpilih jika anda tidak mahu sebarang episod dimuat turun secara automatik. |
Main Balik
Gunakan anak tetingkap Main Balik dalam keutamaan Podcast untuk menentukan main balik, butang langkau dan pilihan kawalan fon kepala.
Untuk menukar keutamaan ini, pilih Podcast > Keutamaan, kemudian klik Main Balik.
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Main Berterusan | Pilih sama ada untuk memainkan episod seterusnya atau menghentikan main balik apabila episod tamat. | ||||||||||
Butang Langkau | Pilih jumlah masa butang Langkau ke Depan dan Langkau ke Belakang pergi dalam podcast, daripada 10 saat hingga 60 saat. | ||||||||||
Kawalan Fon Kepala | Pilih cara kawalan fon kepala melanjutkan podcast—sama ada pergi ke episod seterusnya/sebelumnya, atau melangkau ke depan/ke belakang dalam episod yang sama. |
Lanjutan
Gunakan anak tetingkap Lanjutan dalam keutamaan Podcast untuk menentukan pilihan bagi penyelarasan, pemadaman automatik, Cadangan Siri, memuat turun episod disimpan dan menyembunyikan episod dimainkan.
Untuk menukar keutamaan ini, pilih Podcast > Keutamaan, kemudian klik Lanjutan.
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Selaraskan ikuti merentas peranti | Selaraskan sebarang perubahan yang anda lakukan ke podcast yang anda ikuti, stesen dan kedudukan main semasa anda ke setiap Mac, iPhone, iPad, atau iPod touch yang anda daftar masuk dengan Apple ID yang sama. Lihat Dengar podcast pada semua peranti anda. Jika anda mempunyai iPod classic, iPod nano, atau iPod shuffle, anda perlu menyelaraskan peranti anda dengan Mac anda untuk menambah podcast dan kandungan lain kepadanya. Lihat Selaraskan podcast antara Mac anda dan iPhone atau iPad. | ||||||||||
Padamkan episod yang dimainkan secara automatik | Pilih untuk menjadikan Podcast memadamkan episod secara automatik selepas anda memainkannya. | ||||||||||
Tunjukkan Cadangan Siri dalam App | Pilih untuk membenarkan Siri mempelajari dan membuat cadangan berdasarkan penggunaan Podcast oleh anda. | ||||||||||
Muat turun episod apabila menyimpan | Pilih untuk menjadikan episod dimuat turun apabila anda menyimpannya. | ||||||||||
Sembunyikan Episod Dimainkan | Pilih untuk menunjukkan hanya episod yang anda belum mainkan. |