macOS Sonoma 14
Lihat dan buat perubahan pada saluran dalam Podcast pada Mac
Saluran ialah koleksi rancangan daripada pencipta podcast. Selepas anda melanggan saluran atau mengikuti salah satu rancangannya, anda boleh melihat dan membuat perubahan pada saluran.
Dalam app Podcast pada Mac anda, lakukan mana-mana yang berikut:
Lihat senarai saluran anda: Klik Saluran dalam bar sisi.
Lihat maklumat saluran: Klik Saluran dalam bar sisi, kemudian klik saluran.
Tambah saluran: Langgan saluran atau ikuti rancangan dalam saluran.
Keluarkan saluran: Batalkan langganan anda. Jika anda tidak mempunyai langganan, klik Saluran, klik saluran, kemudian nyahikut rancangannya.