Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Dengar podcast pada semua peranti anda
Anda boleh melihat rancangan yang anda ikuti, langganan saluran anda, stesen anda, serta kedudukan main semasa pada Mac, iPhone, iPad dan iPod touch apabila anda mendaftar masuk dengan Apple ID yang sama pada setiap peranti.
Pada Mac anda: Dalam app Podcast , pilih Podcast > Keutamaan > Lanjutan, kemudian pastikan “Selaraskan mengikuti merentas peranti” dipilih.
Pada iPhone, iPad, atau iPod touch anda: Pergi ke Seting > Podcast, kemudian pastikan Selaraskan Podcast diaktifkan.
Jika anda mempunyai iPod classic, iPod nano, atau iPod shuffle, anda perlu menyelaraskan peranti anda dengan Mac anda untuk menambah podcast dan kandungan lain kepadanya. Lihat Selaraskan podcast antara Mac anda dan iPhone atau iPad.