Dengar podcast pada semua peranti Apple anda
Maklumat podcast anda—termasuk rancangan yang anda ikuti, langganan saluran anda, stesen anda dan kedudukan main semasa—diselaraskan ke app Podcast pada Mac, iPhone, iPad dan iPod touch anda apabila anda mendaftar masuk dengan Apple ID yang sama.
Pada Mac anda: Dalam app Podcast , pilih Podcast > Seting, klik Umum, kemudian pastikan Selaraskan Pustaka dipilih.
Pada iPhone, iPad, atau iPod touch anda: Pergi ke Seting > Podcast, kemudian pastikan Selaraskan Pustaka diaktifkan.
Jika anda mempunyai iPod classic, iPod nano, atau iPod shuffle, anda perlu menyelaraskan peranti anda dengan Mac anda untuk menambah podcast dan kandungan lain padanya. Lihat Selaraskan podcast antara Mac anda dan iPhone, iPad atau iPod touch.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara Podcast melindungi maklumat anda dan membolehkan anda memilih kandungan yang anda kongsi, pilih Bantuan > Perihal Apple Podcasts & Privasi.