Cari podcast pada Mac
Cari dan main podcast—serupa dengan radio atau rancangan TV—tentang sains, berita, komedi dan banyak kategori lagi. Terokai saluran, ikuti rancangan kegemaran anda dan dengar episod baru apabila ia dikeluarkan. Anda juga boleh memuat turun episod ke pustaka anda dan mendengarnya walaupun apabila anda tidak bersambung ke internet.
Petua: Untuk menemui pelbagai rancangan dengan cepat, klik Layari dalam bar sisi untuk melihat rancangan ditampilkan dan New & Noteworthy. Anda juga boleh klik medan carian untuk melayari mengikut kategori.
Dalam app Podcast pada Mac anda, klik dalam medan carian di penjuru kiri atas tetingkap Podcast (atau tekan Command-F), kemudian lakukan salah satu daripada yang berikut:
Cari Semua Podcast: Klik Semua Podcast di sebelah kanan, masukkan perkara yang anda cari, kemudian pilih cadangan atau tekan Return.
Cari dalam Pustaka Anda: Klik Pustaka Anda di sebelah kanan, masukkan perkara yang anda cari, kemudian pilih cadangan atau tekan Return.
Daripada hasil carian, lakukan mana-mana yang berikut:
Mainkan rancangan atau episod: Tahan penuding di atas rancangan atau episod, kemudian klik butang Main . Lihat Dengar podcast.
Lihat butiran rancangan atau episod: Dalam bahagian Rancangan, klik pautan tajuk di bawah rancangan; dalam bahagian Episod, klik pautan tajuk bersebelahan episod.
Lihat butiran saluran: Dalam bahagian Saluran, klik saluran. (Langganan mungkin diperlukan untuk akses penuh.) Lihat Langgan rancangan atau saluran.
Nota: Bukan semua kandungan dan ciri tersedia di semua negara atau rantau. Lihat artikel Sokongan Apple Ketersediaan Perkhidmatan Media Apple.
Langgan rancangan atau saluran: Klik rancangan atau saluran, kemudian klik butang langganan.
Ikuti rancangan: Tahan penuding di atas rancangan, klik butang Lagi rancangan, kemudian pilih Ikuti. Lihat Ikuti atau nyahikuti rancangan.
Lihat lebih hasil: Jika terdapat lebih hasil yang sepadan dengan kriteria carian, klik Lihat Semua di sebelah kanan Rancangan, Saluran, atau Episod.
Minta Siri. Cakap sesuatu seperti: “Podcast apa ini?” Ketahui cara untuk meminta Siri.
Nota: Sesetengah podcast mungkin menyertakan bahan untuk pendengar matang, seperti kandungan dengan bahasa eksplisit atau tema dan situasi dewasa. Untuk mengehadkan akses kepada jenis kandungan ini, lihat Hadkan akses kepada podcast dengan kandungan eksplisit.