Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Daftar masuk ke Podcast pada Mac
Untuk memuat turun dan mendengar podcast, daftar masuk dengan Apple ID anda.
Nota: Jika anda telah mendaftar masuk ke app Muzik atau Apple TV, anda mendaftar masuk ke Podcast secara automatik.
Dalam app Podcast pada Mac anda, pilih Akaun > Daftar Masuk.
Masukkan Apple ID anda, kemudian klik Daftar Masuk.
Masukkan kata laluan anda, kemudian klik Daftar Masuk. Jika anda tidak mempunyai Apple ID dan mahu mencipta satu, lihat Cipta Apple ID pada Mac.
Setelah anda mendaftar masuk dengan Apple ID, anda boleh melihat dan menukar maklumat akaun dan langganan anda. Lihat Langgan rancangan atau saluran.
Untuk mendaftar keluar, pilih Akaun > Daftar Keluar.