Selamat Datang ke Foto

Lihat, atur dan tingkatkan foto yang mewakili bahagian terbaik hidup anda.

Tetingkap Foto menunjukkan foto di sebelah kanan tetingkap, sebaris imej kecil foto di bahagian bawah tetingkap dan bar sisi di sebelah kiri.
iPhone, MacBook dan iPad menunjukkan foto yang sama pada skrin.

Foto anda, di mana jua

Dengan Pustaka Foto iCloud, foto dan video anda sentiasa bersama anda, tidak kira peranti yang anda gunakan. Ambil foto pada iPhone anda dan ia muncul secara automatik dalam Foto pada Mac anda. Aktifkan Pustaka Foto iCloud dalam anak tetingkap iCloud dari keutamaan Foto.

Foto dalam paparan mengedit menunjukkan alat mengedit di bahagian kanan.

Jadikan foto yang cantik lebih baik

Anda tidak perlu menjadi profesional untuk mengedit seperti profesional—gunakan alat pengeditan Foto untuk memberikan gambar anda rupa yang terbaik. Dwiklik foto untuk melihatnya, kemudian klik Edit dalam bar alat. Gunakan alat mengedit untuk pangkas dan luruskan, keluarkan mata merah atau kecacatan, mempertingkatkan cahaya dan warna, serta banyak lagi.

Tetingkap Foto dengan projek buku terbuka, menunjukkan halaman terpapar dengan foto.

Kongsi pengembaraan

Tukarkan foto terbaik anda menjadi buku yang anda boleh berikan kepada keluarga dan rakan. Pilih foto, pilih Fail > Cipta > Buku, kemudian pilih tema yang dipra-reka bentuk.

Halaman Facebook menunjukkan foto.

Beritahu satu dunia

Apabila anda mempunyai foto menarik yang anda mahu kongsi, siarkanya ke Facebook atau app media sosial lain kegemaran anda. Hanya klik butang Kongsi dan hantar petikan anda.

Ketahui dengan lebih lanjut tentang menyimpan foto dalam Pustaka Foto iCloud, mengedit foto dan berkongsi foto dengan keluarga dan rakan.

Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.