Import foto dari Mail, Mesej, Safari dan app lain
Anda boleh import foto dan media dari e-mel, dari teks yang dihantar menggunakan Mesej dan dari halaman web dalam Safari.
Import foto dari Mail
Anda boleh import foto yang anda telah terima dalam e-mel ke dalam Foto.
Buka mesej e-mel.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Seret foto dari e-mel ke tetingkap Foto.
Control-klik foto dan pilih Kongsi > Tambah ke Foto.
Import foto dari app e-mel lain
Buka mesej e-mel.
Simpan foto ke komputer anda: Control-klik foto, kemudian pilih simpan pilihan. Ulang untuk setiap foto yang anda mahu simpan.
Buka Foto, kemudian pilih Fail > Import.
Pilih foto yang anda ingin import, kemudian klik Semak untuk Import.
Jika anda pilih berbilang foto atau video, pilih mana-mana yang anda ingin import dan klik Import [bilangan] Dipilih atau Import Semua Foto Baru.
Import foto dari akaun mel web
Jika anda menggunakan akaun e-mel berasaskan web, seperti iCloud, Gmail, Yahoo! Mail, atau Hotmail, anda boleh import foto dan video dari mesej e-mel anda.
Buka mesej e-mel.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Jika anda menggunakan Safari, Control-klik foto dalam e-mel, kemudian pilih Tambah Imej ke Foto.
Jika anda menggunakan pelayar Internet lain, Control-klik foto dalam e-mel, kemudian pilih simpan pilihan.
Selepas anda simpan foto ke Mac anda, anda boleh importnya ke dalam Foto.
Import foto dari Mesej
Anda boleh import foto yang dihantar kepada anda dalam Mesej ke dalam Foto.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Seret foto dari Mesej ke atas ikon Foto dalam Dock.
Seret foto dari tetingkap Mesej ke desktop, kemudian seret foto ke dalam tetingkap Foto.
Control-klik foto dalam mesej, kemudian pilih Tambah ke Pustaka Foto.
Import foto dari halaman web dalam Safari
Anda boleh muat turun foto dari halaman web yang anda sedang lihat dalam Safari. Pastikan untuk mematuhi undang-undang hak cipta dan perjanjian kebenaran apabila memuat turun imej dari web.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Seret foto daripada halaman web ke tetingkap Foto.
Seret foto daripada Safari ke atas ikon Foto dalam Dock.
Control-klik foto, kemudian pilih Tambah Imej ke Foto.