
Langgani album yang dikongsi oleh pengguna iCloud lain
Jika anda menggunakan iCloud, pengguna iCloud yang lain boleh menjemput anda untuk melanggan album dikongsi mereka. Selepas anda langgan, anda boleh lihat, komen, muat turun item dalam album dikongsi—dan juga siar foto dan klip video baru ke album (jika pemilik album membenarkannya). Anda boleh nyahlanggan dari album foto dikongsi pada bila-bila masa.
Melanggan ke album dikongsi
Apabila anda terima jemputan ke album dikongsi, album baru muncul dalam anak tetingkap Dikongsi pada Foto dengan ikon jemputan.
Klik Aktiviti di bawah Dikongsi dalam bar sisi untuk melihat jemputan, kemudian klik Terima.
Jika anda tidak mahu melanggan album dikongsi, klik Tolak.
Nyahlanggan dari album dikongsi
Untuk nyahlanggan dari album dikongsi, padam ia.
AMARAN: Apabila anda henti langganan dari album dikongsi, anda memadam foto dan klip video serta-merta dalam album dikongsi dari semua peranti anda.
Pilih album dikongsi yang anda mahu nyahlanggan dari bawah Dikongsi dalam bar sisi, kemudian tekan Command-Delete.
Komen atau suka foto dalam album dikongsi
Klik album dikongsi di bawah Dikongsi dalam bar sisi.
Dwiklik foto, kemudian klik
di sudut kiri bawah foto.
Dalam anak tetingkap yang muncul, lakukan mana-mana yang berikut:
Suka foto atau video: Klik Suka.
Tambah komen ke foto atau video: Klik Tambah Komen, kemudian taip komen anda.
Klik Hantar.
Apabila anda suka atau komen pada item, Perkongsian Foto iCloud menghantar pemberitahuan kepada pencipta album foto dan semua pelanggan. Untuk padam komen yang anda tambah ke item, letakkan penuding ke atas komen dan klik butang Delete.
Simpan item dari album dikongsi ke pustaka Foto anda
Anda boleh import item dari album dikongsi ke dalam pustaka Foto anda, kemudian buat edit, kongsi item dikemas kini dan tambahnya ke album dan projek anda.
Klik album dikongsi di bawah Dikongsi dalam bar sisi.
Pilih foto atau klip video yang anda mahu, kemudian Control-klik foto dipilih dan pilih Import.
Item diimport muncul dalam album Terakhir Diimport.
Klik Album dalam bar sisi, kemudian dwiklik album Terakhir Diimport untuk membukanya.
Pilih item diimport, kemudian klik
dalam bar alat dan pilih album atau projek yang anda mahu tambah item.