Apakah album?
Album ialah koleksi foto dan klip video. Foto mencipta beberapa album untuk anda dan anda boleh mencipta seberapa banyak album yang anda mahukan untuk mengatur foto mengikut cara anda. Anda boleh letakkan foto dalam lebih daripada satu album. Anda juga boleh mencipta Album Pintar, yang mengumpulkan foto untuk anda secara automatik berdasarkan kriteria yang anda tentukan—seperti kata kunci atau lokasi. Anda boleh mengatur album anda dalam kumpulan dengan meletakkannya dalam folder.
Album muncul dalam bar sisi; pilih satu untuk melihat kandungannya dalam tetingkap di sebelah kanan. Untuk melihat album dalam folder (seperti folder Album Saya) klik segi tiga pendedahan bersebelahan folder. Atau, hanya pilih nama folder dan album di dalamnya muncul dalam tetingkap di sebelah kanan. Klik dua kali album untuk membukanya.
Petua: Untuk melihat kandungan album dengan cepat, letakkan penuding di atas album dan skrol atau leret ke kiri atau ke kanan.
Anda boleh mencipta jenis album berikut dalam Foto:
Album Standard: Anda cipta dan namakan album ini dan boleh menambah sebarang klip foto dan video yang anda suka kepadanya. Anda boleh masukkan foto yang sama dalam berbilang album dan tambah atau padam foto dari album pada bila-bila masa.
Album Pintar: Album ini mengumpul dan memaparkan foto berdasarkan kriteria yang anda tentukan secara automatik. Sebagai contoh, anda boleh cipta Album Pintar dan setkannya untuk masukkan sebarang foto diambil dalam 2014 yang juga kegemaran; Foto kemudiannya menambah foto yang memenuhi kriteria tersebut ke Album Pintar anda. Apabila anda import foto baru, Foto terus menambah yang mana memenuhi kriteria ke Album Pintar anda.
Folder: Untuk mengatur pustaka anda lebih lanjut, anda boleh kumpulkan album dalam folder. Sebagai contoh, anda boleh cipta folder untuk mengendalikan album penyatuan semula keluarga atau album dengan foto perjalanan perkhemahan anda. Untuk maklumat selanjutnya mengenai menggunakan folder, lihat Kumpulkan album dalam folder.
Untuk membantu memastikan pustaka anda tersusun, Foto mencipta album secara automatik untuk anda, termasuklah yang berikut:
Foto: Mengandungi foto dalam pustaka anda yang diisih mengikut tarikh mereka ditambah ke dalam pustaka. Album ini juga menyimpan foto yang dipindahkan dari peranti iOS dan komputer Mac anda yang lain yang mempunyai Pustaka Foto iCloud atau Strim Foto Saya diaktifkan.
Memori: Mengandungi memori yang dicipta untuk anda oleh Foto. Anda juga boleh klik butang Memori Kegemaran dalam bar sisi untuk melihat memori yang anda telah tandakan sebagai kegemaran.
Kegemaran: Mengandungi foto yang anda telah tandakan sebagai kegemaran.
Orang: Mengandungi foto orang. Foto mengimbas pustaka anda dan mengenalpasti orang dalam foto anda menggunakan teknologi pengenalpastian muka secara automatik. Anda boleh namakan orang yang dikenal pasti dan kemudian cari dan semak imbas foto orang kegemaran anda dengan mudah.
Tempat: Menunjukkan foto anda sebagai imej kecil di atas peta dunia. Anda boleh mengklik imej kecil untuk melihat foto yang diambil di lokasi tersebut.
Import: Mengandungi foto yang anda import ke Foto dan ditunjukkan dalam tertib ia diimport. Album ini dikemas kini setiap kali anda mengimport foto.
Tersembunyi: Mengandungi foto yang anda sembunyikan (jadi ia kekal dalam pustaka anda tetapi anda tidak melihatnya). Untuk lihat album Tersembunyi, pilih Lihat > Tunjukkan Album Foto Tersembunyi.
Terbaru Dipadam: Mengandungi foto yang anda baru padam. Album ini muncul apabila anda mempunyai foto dipadamkan. Foto yang dipadam kekal dalam album untuk jumlah hari tertentu sebelum mereka dipadam secara kekal. Anda boleh memulihkan foto dalam album ini ke pustaka anda atau memadamnya secara kekal serta-merta.
Aktiviti: Menunjukkan foto dan aktiviti terkini, seperti komen dan suka pada foto yang anda kongsikan menggunakan Perkongsian Foto iCloud.
Album Dikongsi: Menunjukkan semua album yang anda kongsikan menggunakan Perkongsian Foto iCloud.
Jenis Media: Mengandungi album yang mengumpulkan foto dan video secara automatik berdasarkan jenis medianya. Album yang muncul bergantung pada jenis foto atau video yang anda ambil, ia boleh termasuk video, selfie, Live Photo, pendedahan panjang, panorama, gerak perlahan, potret, tangkapan skrin, jujukan, dianimasikan dan banyak lagi.
Petua: Jika anda simpan GIF dianimasikan dalam pustaka anda, ia muncul dalam album Dianimasikan.
Album Saya: Mengandungi album foto yang anda cipta. Anda mungkin melihat Album Pintar yang dicipta secara automatik berdasarkan pilihan yang anda pilih, seperti album Keluarga (yang muncul jika anda menggunakan Perkongsian Keluarga iCloud), album yang mengandungi foto yang dipindahkan dari iPhoto atau Aperture dan banyak lagi.
Projek Saya: Mengandungi projek tayangan slaid, buku, kalendar dan kad yang anda telah cipta.
Strim Foto Saya: Mengandungi foto dipindahkan dengan Strim Foto Saya. Ia muncul jika anda telah aktifkan Strim Foto Saya dan nyahaktifkan Pustaka Foto iCloud.
Petua: Untuk melihat album tertentu dengan cepat, pilih Lihat > Album > Album Saya, kemudian pilih album yang anda mahu buka.