Hantar foto ke Facebook, Flickr dan Twitter
Anda boleh terbit foto dan klip video anda terus dari Foto ke akaun Facebook, Flickr atau Twitter anda.
Nota: Apabila anda terbitkan Live Photo ke Facebook, Flickr atau Twitter, Live Photo dipindahkan sebagai imej pegun sahaja.
Daftar masuk ke akaun Facebook, Flickr, atau Twitter anda
Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Akaun Internet.
Klik Facebook, Flickr, atau Twitter.
Taip nama pengguna dan kata laluan anda, kemudian klik Seterusnya.
Terbitkan foto dan klip video anda ke Facebook
Pilih foto atau klip video yang anda ingin siar.
Klik butang Kongsi dalam bar alat dan pilih Facebook.
Daftar masuk ke akaun Facebook anda jika anda belum daftar masuk.
Dalam dialog Facebook, pilih pilihan untuk foto dan jika anda mahu, tambah komen.
Pilih siapa yang boleh lihat foto: Klik menu timbul di atas kiri dan pilih pilihan.
Pilih di mana untuk siarkan foto: Klik menu timbul Garis Masa dan pilih garis masa atau album anda.
Tambah lokasi komputer anda ke foto: Klik Tambah Lokasi.
Tambah komen: Jika anda ingin, taip komen untuk mengiringi foto.
Klik Siar.
Terbitkan foto anda ke Flickr
Anda boleh kongsi foto anda dalam talian dengan menerbitkannya secara terus dari Foto ke Flickr.
Pilih foto yang anda ingin terbitkan.
Klik butang Kongsi dalam bar alat dan pilih Flickr.
Daftar masuk ke akaun Flickr anda jika anda belum daftar masuk.
Dalam dialog Flickr, pilih pilihan untuk foto.
Pilih di mana untuk tambah foto: Klik menu timbul Pilih Set Foto dan pilih set foto (apa yang Flickr panggil album). Untuk tambah foto anda ke Strim Foto Flickr anda, pilih Strim Foto.
Pilih siapa yang boleh melihat foto: Klik menu timbul di atas kanan.
Tambah tajuk, perihalan dan tag: Taip teks dalam medan.
Klik Terbit.
Kongsi foto pada Twitter
Anda boleh kongsi satu foto pada satu masa pada Twitter secara terus dari Foto.
Pilih foto untuk berkongsi.
Klik butang Kongsi dalam bar alat dan pilih Twitter.
Daftar masuk ke akaun Twitter anda jika anda belum daftar masuk.
Dalam dialog Twitter, taip mesej dan klik Siar.
Nota: Foto mengira sebanyak 21 aksara tweet.
Mesej muncul untuk memberitahu anda bahawa foto anda telah diterbitkan.
Pautan ke foto dikongsi anda muncul dalam suapan Twitter anda.