Cari foto mengikut teks, kandungan, atau tarikh
Anda boleh cari foto dengan cepat dengan mencari teks dikaitkan, seperti tajuk, perihalan, atau tarikh foto. Anda juga boleh mencari foto yang diambil di lokasi, seperti “California,” atau yang jatuh dalam kategori umum, seperti “pantai, “zoo,” “haiwan,” dan “anjing.”
Untuk maklumat mengenai bagaimana untuk cari menggunakan kata kunci diperuntukkan ke foto, lihat Cari foto dengan kata kunci.
Minta Siri. Cakap sesuatu seperti:
“Tunjukkan saya foto dari Pulau Pinang”
“Tunjukkan foto dari April”
“Tunjukkan foto pantai”
“Tunjukkan foto percutian”
“Tunjukkan saya foto Liyana”
Klik medan carian dalam bar alat.
Petua: Tekan Command-F untuk mengaktifkan medan carian dengan cepat.
Taipkan teks carian dalam medan carian.
Semasa anda taip, cadangan carian muncul di bawah medan carian. Anda boleh menaip berbilang perkataan dipisahkan dengan ruang untuk mencari berdasarkan berbilang kriteria. Sebagai contoh, memasukkan “Mac California” menempatkan semua foto “California” diambil pada bulan “Mac.”
Klik item dalam cadangan carian untuk melihat foto berpadanan.
Untuk memaparkan semua foto anda sekali lagi selepas mencari, klik dalam medan carian.