Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
![](https://help.apple.com/assets/5A5402AC680CE2A45E0ECC04/5A5402AD680CE2A45E0ECC0B/ms_MY/3c7a13784f3fe07125827813ed9e0d10.png)
Gunakan penapis untuk mengubah rupa foto
Anda boleh memberikan foto anda rupa khas dengan menggunakan salah satu daripada penapis yang tersedia dalam Foto.
![Foto dalam paparan mengedit dengan penapis yang kelihatan di sebelah kanan.](https://help.apple.com/assets/5A5402AC680CE2A45E0ECC04/5A5402AD680CE2A45E0ECC0B/ms_MY/6bac9268d6b437548f06138795309d13.png)
Dwiklik foto, kemudian klik Edit dalam bar alat.
Klik Penapis dalam bar alat.
Petua: Untuk melihat penapis semasa mengedit dengan cepat, tekan F. Tekan F semula apabila anda selesai membuat perubahan.
Klik penapis yang anda ingin.
Perubahan anda disimpan secara automatik, melainkan anda pilih Edit > Buat Asal atau klik butang Tukar ke Asal.