![](https://help.apple.com/assets/5BC4DF1D094622BD72E6B9CA/5BC4DF1E094622BD72E6B9D2/ms_MY/3c7a13784f3fe07125827813ed9e0d10.png)
Layari dan lihat foto dalam Foto pada Mac
Foto menggunakan paparan Detik, Koleksi dan Tahun untuk mengatur ke foto dan video anda mengikut masa dan lokasi secara automatik serta menjadikannya mudah untuk mencari hanya foto yang anda sedang cari. Detik ialah kumpulan foto dan video diambil pada lingkungan masa yang sama dan di tempat yang sama—sebagai contoh, waktu tengah hari di pantai. Koleksi ialah kumpulan detik berkaitan—sebagai contoh, keseluruhan percutian pantai anda. Paparan Tahun mengumpulkan semua foto anda yang diambil pada tahun yang sama. Anda juga boleh melihat foto anda secara individu untuk melihat lebih butiran dan lihatnya dalam tetingkap skrin penuh yang lebih besar.
![Tetingkap Foto menunjukkan foto disusun mengikut koleksi.](https://help.apple.com/assets/5BC4DF1D094622BD72E6B9CA/5BC4DF1E094622BD72E6B9D2/ms_MY/82988cb16601ad83a16b8abf0b25e614.png)
Minta Siri. Cakap sesuatu seperti: “Buka Foto.” Ketahui lebih lanjut tentang Siri.
Layari foto mengikut detik, koleksi, atau tahun
Dalam app Foto
pada Mac anda, klik Foto dalam bar sisi, kemudian klik Detik, Koleksi, atau Tahun dalam bar alat.
Klik detik, koleksi, atau tahun untuk melihat foto di dalamnya.
Pada trackpad, anda boleh cubit buka atau tutup pada detik, koleksi, atau tahun untuk menukar paparan.
Lakukan mana-mana daripada yang berikut:
Skrol ke atas atau ke bawah dalam detik: Tekan kekunci Anak Panah Atas atau Anak Panah Bawah. Pada trackpad, leret ke atas atau ke bawah dengan dua jari.
Tukar saiz imej kecil: Seret gelangsar Zum, atau cubit ke dalam atau ke luar pada trackpad.
Lihat foto individu
Dalam app Foto
pada Mac anda, dwiklik imej kecil foto.
Petua: Untuk membuka atau menutup imej kecil yang dipilih dengan cepat, tekan Return.
Lakukan mana-mana daripada yang berikut:
Zum masuk atau keluar pada foto: Seret gelangsar Zum, atau cubit buka atau tutup pada trackpad. Anda boleh seret imej dizum untuk tempatkannya semula.
Lihat maklumat dikaitkan dengan foto: Klik butang Info
dalam bar alat. Lihat Tambahkan tajuk, perihalan dan banyak lagi ke foto.
Jadikan foto kegemaran: Klik butang Kegemaran
dalam bar alat. Foto muncul dalam album Kegemaran.
Lihat lokasi foto di atas peta: Skrol ke bawah ke Tempat. Klik Tunjukkan Foto Berdekatan untuk melihat foto lain daripada lokasi berdekatan. Lihat Paparkan foto mengikut lokasi.
Lihat lebih banyak foto orang dalam foto: Skrol ke bawah ke Orang untuk melihat orang yang dikenal pasti dalam foto. Dwiklik muka orang untuk melihat foto lain orang tersebut. Lihat Paparkan foto mengikut orang dalamnya.
Lihat foto berkaitan: Skrol ke bawah ke Berkaitan untuk melihat foto serupa daripada masa berlainan di lokasi tersebut. Dwiklik himpunan foto berkaitan untuk melihatnya.
Tunjukkan imej kecil foto lain dalam koleksi atau album: Pilih Paparan > Tunjukkan Imej Kecil. Leret ke kiri atau kana untuk skrol menerusi imej kecil, atau tekan kekunci anak panah. Seret pinggir bar imej kecil ke atas atau ke bawah untuk menukar saiz imej kecil.
Mainkan Live Photos
Dengan sesetengah model iPhone, anda boleh menangkap Live Photos, yang menangkap imej pegun dan detik sebelum dan selepas imej itu.
Dalam app Foto
pada Mac anda, dwiklik imej kecil Live Photo.
Untuk memainkan Live Photo, tekan bar Space, atau tempatkan penuding di atas lencana Live Photo.
Petua: Anda juga boleh menempatkan penuding di atas imej kecil Live Photo untuk memainkannya.
Jika anda mempunyai trackpad Force Touch, anda boleh klik paksa Live Photo. (Anda boleh juga klik imej kecil foto dalam Touch Bar.)
Untuk mendapatkan maklumat tentang mengedit Live Photo atau menukarnya kepada imej pegun, lihat Edit Live Photo.
Lihat foto dalam skrin penuh
Dalam app Foto
pada Mac anda, pilih Paparan > Masuk Skrin Penuh.
Untuk melihat foto dalam skrin penuh, dwiketik imej kecilnya.
Untuk skrol menerusi foto dalam detik atau koleksi dalam paparan skrin penuh, tekan kekunci anak panah.
Untuk meninggalkan paparan skrin penuh, tekan kekunci Escape. Anda juga boleh menempatkan penuding di bahagian atas skrin sehingga bar menu muncul dan kemudian pilih Paparan > Keluar daripada Skrin Penuh.
Petua: Secara lalai, elemen tetingkap Foto tersembunyi dalam paparan skrin penuh supaya anda boleh melihat foto anda tanpa gangguan visual. Untuk menunjukkan bar alat dan bar sisi dalam paparan skrin penuh, pilih Paparan > Sentiasa Tunjukkan Bar Alat dan Bar Sisi dalam Skrin Penuh, supaya terdapat tanda semak bersebelahannya.
Sembunyikan foto daripada penglihatan
Anda boleh sembunyikan foto yang dipilih dan tunjukkannya hanya apabila anda ingin bekerja dengannya.
Dalam app Foto
pada Mac anda, klik Foto dalam bar sisi.
Pilih satu foto atau foto yang banyak, pilih Imej > Sembunyikan [bilangan] Foto, kemudian klik Sembunyikan Foto.
Foto yang dipilih hilang daripada detik anda tetapi tidak dipadam.
Untuk menunjukkan foto tersembunyi, pilih Paparan > Tunjukkan Album Foto Tersembunyi. Album Tersembunyi muncul antara album anda yang lain. Untuk nyahsembunyi foto di dalamnya, pilih ia, kemudian pilih Imej > Nyahsembunyi [nombor] Foto.
Petua: Anda boleh menggunakan pintasan papan kekunci untuk melakukan banyak tugasan biasa dalam Foto dengan cepat. Untuk mendapatkan senarai semua pintasan yang anda boleh gunakan, lihat Pintasan papan kekunci Foto. Jika Mac anda mempunyai Touch Bar, anda boleh menggunakannya untuk melihat foto, melakukan pengeditan dan banyak lagi. Lihat Gunakan Touch Bar.