klik paksa

Pada Mac dengan trackpad Force Touch, anda boleh klik paksa item (tempatkan penuding pada item, kemudian tekan kuat sedikit pada trackpad sehingga anda merasa klik yang lebih dalam) untuk membuat tindakan. Sebagai contoh, anda boleh klik paksa fail dalam Finder untuk pratontonnya, atau klik paksa perkataan dalam halaman web atau app untuk mencari definisinya dan maklumat lain.