Cari foto mengikut teks, kandungan, atau tarikh dalam Foto pada Mac
Anda boleh cari foto dengan cepat dengan mencari teks dikaitkan, seperti tajuk, perihalan, atau tarikh foto. Anda juga boleh mencari foto yang diambil di lokasi, seperti “California,” atau yang jatuh dalam kategori umum, seperti “pantai, “zoo,” “haiwan,” dan “anjing.”
Untuk mendapatkan maklumat tentang cara untuk mencari menggunakan kata kunci yang ditetapkan ke foto, lihat Cari foto menggunakan kata kunci.
Minta Siri. Cakap sesuatu seperti:
“Tunjukkan saya foto dari Pulau Pinang”
“Tunjukkan foto dari April”
“Tunjukkan foto pantai”
“Tunjukkan foto percutian”
“Tunjukkan saya foto Liyana”
Dalam app Foto pada Mac anda, klik medan carian dalam bar alat.
Petua: Tekan Command-F untuk mengaktifkan medan carian dengan cepat.
Taipkan teks carian dalam medan carian.
Semasa anda taip, cadangan carian muncul di bawah medan carian. Anda boleh menaip berbilang perkataan dipisahkan dengan ruang untuk mencari berdasarkan berbilang kriteria. Sebagai contoh, memasukkan “April Rembau” mencari semua foto yang diambil di Rembau pada bulan April.
Klik item dalam cadangan carian untuk melihat foto berpadanan.
Untuk memaparkan semua foto anda lagi selepas mencari, klik butang Batal dalam medan carian.